PERSATUAN KEBAJIKAN NUR EHSAN NEGERI JOHOR

Aktif sejak Jun 08, 2022

Tentang Penganjur

Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.


Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :


1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.

2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.

3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.

4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.


PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.


Lot 3353, Mlo 1034, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor , 81200, Johor Bahru, Johor, Malaysia
nurehsan2007@gmail.com
+60172326415
+60172326415

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Semoga dipermudahkan urusan penganjur dalam misi membantu warga emas . Aaminn..

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya Allah kurniakan seisi keluargaku kesihatan yg berkekalan dan diampunkn dosa2 kami.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

MOHD FITRA SYAMRIL

2 tahun yang lepas

Semoga sedikit sumbangan ini dapat membantu sedikit sebanyak untuk pihak rumah perlindungan warga emas nur ehsan dan untuk diri saya semoga saya dapat menyembuhkan pelat saya dalam tutur kata. Amin

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Semoga dipermudahkan urusan 🌹

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Semoga dpermudahkan urusan pembelian rumah khas untuk kebajikan semua penghuni. Semoga dengan pahala sumbangan ini dapat melindungi keluarga saya dari segala penyakit, fitnah, keburukan dunia & isinya. Aamiin

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

AIDASARI ABD RAHIM

2 tahun yang lepas

Doakan supaya seluruh umat Islam di dunia kembali bersatu mencari redha di jalan Allah. Yang masih hidup diampunkan dosa, diterima taubatnya, dipermudahkan segala urusan, diberkati sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah SWT. Yang telah pulang ke rahmatullah, diterima segala amal kebaikan, tenang dan damai, dipermudahkan segala urusan di alam sana dan ditempatkan dikalangan mereka yang beriman.

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: