PERSATUAN KEBAJIKAN NUR EHSAN NEGERI JOHOR

Aktif sejak Jun 08, 2022

Tentang Penganjur

Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.


Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :


1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.

2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.

3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.

4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.


PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.


Lot 3353, Mlo 1034, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor , 81200, Johor Bahru, Johor, Malaysia
nurehsan2007@gmail.com
+60172326415
+60172326415

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Mohon doakn abang saya ismail sihat kembali selepas accident

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

INTAN

2 tahun yang lepas

Kuatkan dan tabahkanlah hati kami, dan permudahkanlah urusan kami di dunia dan di akhirat.

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Semoga sumbangan ini mendapat redha Allah dan menjadi asbab keluarga sy diberikan kesihatan yg baik & dilimpahkan rezeki yg tidak disangka2

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Saya doakan seluruh org mukmin masuk syurga tanpa hisab..aamiin

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

NOORLIZDAA GIMIN

2 tahun yang lepas

Doakan saya noorlizdaa binti gimin dan suami mohammad habib bin mohd thoyib dilimpahkn rezeki seluas lautan,dikurniakan anak yg soleh dan solehah..semoga dgn asbab saya bersedekah..Allah makbulkan doa² saya dan suami untuk merasa menjadi seorang ibu dan ayah..aaminnn yaa mujib

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

FADZILAH HASSAN

2 tahun yang lepas

Moga sumbangan ikhlas ini diberkati Allah serta diterima Allah seadanya. Dpt hapuskn dosa2 kami sekeluarga. Amin.

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: