PERSATUAN KEBAJIKAN NUR EHSAN NEGERI JOHOR

Aktif sejak Jun 08, 2022

Tentang Penganjur

Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.


Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :


1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.

2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.

3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.

4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.


PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.


Lot 3353, Mlo 1034, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor , 81200, Johor Bahru, Johor, Malaysia
nurehsan2007@gmail.com
+60172326415
+60172326415

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya allah..aq beri kn sedikit sumbngan ini utk kedua org tua ku..untuk hati ku dan akhiratku..Moga engkau terima ya allah.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya Allah pahala sumbangan ikhlas ni sya hadiah kepada ibu sya Allahyarhamah Mukhsonah hj Ali & ayah sya Allahyarham Satimoon Hassan Munawi. Aamiin.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya Allah yang Maha pengasih lagi Maha Penyayang,Permudahkanlah segala urusanku, urusan keluargaku serta seluruh Muslimin dan muslimat.Ampunilah segala dosa-dosa kami.Tetapkanlah Iman kami.Berkatilah hidup kami.Terimalah ibadat kami.Jadikan kami orang-orang yang bersyukur.Tempatkan kami di syurgaMu kelak.Aamiin.

1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Semoga Allah pelihara dan beri kesihatan yang baik kepada kedua ibu bapa saya Hasmi Bin Sulaiman Dan Maimunah Bt Sungip, ahli keluarga saya serta seluruh Umat Islam dimuka bumi ni. Dipermudahkanlah segala urusan saya didunia dan akhirat. Jadikan anak2ku anak yg berbakti kepada keluarga, soleh dan solehah. Luaskanlah rezeki saya sekeluarga supaya dapat menyumbang lebih lagi kelak. Amin YRA.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

NANG MENGULIT CINTAMANI

2 tahun yang lepas

YaAllah pahala sedekah ini untuk MuhammadZulqurnain bin BadronNissa tempatkn dia didlm taman syurga berikn syurga tanpa hisab kpdnya lepaskn dia dr AzabKubuR SeksaanApiNerakA berikan keampunan diatas segala dosa kesalahan dia berikan dia isteri dari bidadari YaAllah berikan kpdku doa yg sakti ajaib doa mustajab tanpa hijab Kabulkn semua doaku

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Semoga dipermudahkan segala urusan bersama 😊✌️

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: