PERSATUAN KEBAJIKAN NUR EHSAN NEGERI JOHOR

Aktif sejak Jun 08, 2022

Tentang Penganjur

Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.


Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :


1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.

2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.

3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.

4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.


PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.


Lot 3353, Mlo 1034, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor , 81200, Johor Bahru, Johor, Malaysia
nurehsan2007@gmail.com
+60172326415
+60172326415

Doa-Doa #Penyumbang

SHARIFAH ZAINAH BINTI SYED ZUBI

2 tahun yang lepas

Semoga arwah mendapat ganjaran pahala ini ammiin

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya Allah dengan asbab sedekah ini aku mohon keredhaan dari mu Dan ampun kan segala dosa aku suami anak2 ku ibu bapaku serta keluargaku, satukan kami dalam syurga Firdausi bersama RASULALLAH SAW, makbulkna setiap doaku setiap kali aku bersolat, kurniakan rezeki yang halal Dan milimpah dari khazanahmu agat aku dapat memajukan perniagaan aku Dan bantu ramai orang serta dapat bersedekah kejalanmu Amin

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Permudahkan urusan dunia dan akhirat buat diri saya. Semoga allah Kurniakan pekerjaan buat saya agar saya dapat membantu ahli keluarga dan org yg memerlukan. Semoga allah mengabulkan hasrat saya utk ke rumahnya suatu hari nanti. Amin.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya Allah kurniakan kami pemimpin yg adil lg bijaksana. Jauhkan negara kami Malaysia dari pemimpin yg zalim dan seorang yg tdk.takut kpd.kemurkaan Mu. Suburkan tumbuhan dan ternakan utk menaikkn ekonomi negari kami,agar kami tdk bergantung dgn negara luar. Selamatkan kami semua ya Allah...dari org2 yg zalim dan negara yg.kucar kacir. Jauhilah negara kami dari bala'bencana dan musibah.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

infaq untuk arwah

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

AZLI EFFENDY BIN ZULKIFLI

2 tahun yang lepas

Semoga dipermudkan segala urusan di murahkn rezeki seperti air zam2.…Amin yarabal alamin

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: