PERSATUAN KEBAJIKAN NUR EHSAN NEGERI JOHOR

Aktif sejak Jun 08, 2022

Tentang Penganjur

Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.


Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :


1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.

2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.

3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.

4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.


PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.


Lot 3353, Mlo 1034, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor , 81200, Johor Bahru, Johor, Malaysia
nurehsan2007@gmail.com
+60172326415
+60172326415

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

1 bulan yang lepas

Doakan utk arwah ayah saya Abdul Zani Bin Abdullah Doakan utk kesihatan mak saya Selasawati binti Ali Doakan untuk sembuh saya dari sakit Mohd Firdaus Bin Abdul Zani

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 bulan yang lepas

Ya Allah, semoga Azman Bin Jusoh (abah saya) di icu sembuh dari kesakitan dan sihat walafiat seperti sediakala, semoga ibu yg menjaga pun dikurniakan kekuatan kaki dan kesihatan yang baik, Aamin ya rabbalallamin

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 bulan yang lepas

Ya Allah sampaikan pahala sedekah ini seperti duit dari kedua arwah ibubapa yg bersedekah...Aamiin

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 bulan yang lepas

Ya Allah..berikan ku kesihatan yang baik untuk menjaga ank7 ku..ya Allah jadikan anakku anak2 yg soleh dan solehah..,yang mendengar kata.. dan terangkan hati anak2 ku untuk menjawab peperiksaan kafa nanti...berilah mereka berjaya didunia dan akhirat..amin3 ya robbal alamin...

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 bulan yang lepas

Teruskan lagi memberi yg terbaik utk warga emas di sini

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 bulan yang lepas

Ya Allah andai sampai sini sahaja jodoh aku dan suamiku, pisahkan kami dgn cara baik tanpa menyakiti hati masing2, tapi jika engkau putuskan dia masi adalah jodohku ku mohon kepadamu Ya Allah beri aku kekuatan dan hilangkan rasa marah, sakit hati, dendam,kecewa dan benci dalam hati ini. Bersihkan hatiku, tenangkan jiwaku dan fikiranku. Tanamkan hanya rasa kasih sayang dalam hatiku Ya Allah. Aamiin

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: