PERSATUAN KEBAJIKAN NUR EHSAN NEGERI JOHOR

Aktif sejak Jun 08, 2022

Tentang Penganjur

Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.


Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :


1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.

2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.

3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.

4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.


PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.


Lot 3353, Mlo 1034, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor , 81200, Johor Bahru, Johor, Malaysia
nurehsan2007@gmail.com
+60172326415
+60172326415

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

11 bulan yang lepas

Sedikit sumbangan sy sedeqah kan utk arwah ayah & mak sy 🤲🏼

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

LIJAH BT LATEH

11 bulan yang lepas

Ya Allah angkatlah segala penyakit yg ada di seluruh tubuhku.berikan ku afial dalam ketaatan kepadamu. Dan permudahkan urusan yayasan ini untuk membeli unit asrama wanita murahkan rezeki mereka afiatkan semua individu yg terlibat dalam urusan ini.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

WIFE BAKRI

11 bulan yang lepas

Semoga Allah merahmati ibu bapa kita

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

11 bulan yang lepas

Assalamualaikum... Tlong doakan anak saya muhamad afiq ilham berjaya menghafal al quraan dlm masa terdekat dan anak saya yg lain men jadi anak2 yg soleh dan istiqamah dlm solat dan membuat kebaikan.... Aamiin

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

11 bulan yang lepas

Semoga menjadi jariah untuk ibu bapa dan permudahkan urusan anak2 juga malaysia.

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

11 bulan yang lepas

Semoga memjadi amal jariah untuk kedua2 ibu bapa saya serta permudahkan urusan anak2 juga malaysia.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: