PERSATUAN KEBAJIKAN NUR EHSAN NEGERI JOHOR

Aktif sejak Jun 08, 2022

Tentang Penganjur

Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.


Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :


1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.

2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.

3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.

4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.


PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.


Lot 3353, Mlo 1034, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor , 81200, Johor Bahru, Johor, Malaysia
nurehsan2007@gmail.com
+60172326415
+60172326415

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

11 bulan yang lepas

Moga setiap langkah kebaikan dalam menjaga amanah Allah di pusat ini dirahmati dan dipermudahkan, in syaa Allah. Tolong Doakan agar kami sekeluarga dapat berbakti lebih lagi untuk yang memerlukan dan diluaskan rezeki, sihat akal, rohani dan fizikal, juga dirahmati Allah.

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

11 bulan yang lepas

Ampunkan lah dosa kedua orang tua yg telah meninggal dunia dan tempatkan lah mereka bersama2 orang beriman.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

NORA

11 bulan yang lepas

Ya Allah. Permudahkan urusan penghuni & kakitangan rumah Perlindungan ini, limpahkan rezeki tanpa putus pd rumah ini. Ya Allah, Kau perlihara & selamatkanlah Palestine.. aamiin

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

11 bulan yang lepas

Ya Allah ,berkatilah rezeki kami, luaskan rezeki dan dipermudahkan segala urusan Dunia akhirat..Aamiinn

1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

AINUL

11 bulan yang lepas

Semoga ibu bapa di pusat jagaan dipermudahkan segalanya dunia akhirat. Juga untuk ibu bapa kami di kampung. Semoga Allah juga merahmati jiwa2 rakyat Palestine. Allah maha besar

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

11 bulan yang lepas

Ya Allah aku niatkan pahala bersedekah ini buat ibu dan ayah ku Mohd Annuar bin Arshad dan Hasnah binti Kasa dan kau berikan lah keberkatan dalam sumbangan ini bagi membantu warga emas di sini. Semoga mereka berada dalam kesihatan yg baik aamiinnn.

1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: