PERSATUAN KEBAJIKAN NUR EHSAN NEGERI JOHOR

Aktif sejak Jun 08, 2022

Tentang Penganjur

Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.


Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :


1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.

2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.

3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.

4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.


PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.


Lot 3353, Mlo 1034, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor , 81200, Johor Bahru, Johor, Malaysia
nurehsan2007@gmail.com
+60172326415
+60172326415

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

1 bulan yang lepas

Semoga dipermudahkan urusan kita semua.. Amiin

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 bulan yang lepas

Semoga dipermudahkan urusan kita semua.. Amiin

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 bulan yang lepas

Semoga Persatuan kebajikan nor ehsan beserta semua penduduk dan pentadbir sentiasa dalam perlindungan kasih sayang Allah swt dalam membantu golongan yg memerlukan

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

MOHAMED RAMLAN BIN ITAM

1 bulan yang lepas

Semoga dipermudahkan segalanye urusan persatuan kebajikan Nur ehsan untuk membantu setiap golongan yang memerlukan di mne jua aamiin 🤲🏻

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 bulan yang lepas

Doakan kesejahteraan muslimin dan muslimat di dunia dan akhirat. Minta doakan juga ibu saya diberikan kesembuhan dan kesihatan yang baik

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 bulan yang lepas

Ya Allah, ampunkanlah segala dosa² ku, dosa² ibu bapa ku, dosa² nenek² dan datuk² ku, dosa² ibu dan bapa mertua ku, dosa² suami ku, dosa² anak ku, dosa² keluarga kami sekalian, dosa² guru² kami dan dosa² kaum muslimin dan muslimat sekalian...aamiin³ ya Rabbal Aalamiin

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: