PERSATUAN KEBAJIKAN NUR EHSAN NEGERI JOHOR

Aktif sejak Jun 08, 2022

Tentang Penganjur

Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.


Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :


1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.

2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.

3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.

4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.


PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.


Lot 3353, Mlo 1034, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor , 81200, Johor Bahru, Johor, Malaysia
nurehsan2007@gmail.com
+60172326415
+60172326415

Doa-Doa #Penyumbang

RAIHANA RAHA

2 tahun yang lepas

Ya ALLAH tolong bantu hamba untuk hamba lebih banyak menyumbang dan berinfaq kepada yang memerlukan lebih dari hamba. Sesungguhnya Kau la Tuhan yang Maha Memberi.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

NORHAYATI

2 tahun yang lepas

Semuga dipermudahkan urusan Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Saya doakan semua warga yang mempunyai pendapatan lebih ,dibukakan hati mereka untuk membantu meringankan beban mereka yang memerlukan Amin god bless u all

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

RAHIMAH ISMAIL

2 tahun yang lepas

Mudah2an dengan izin Allah saya kembali ceria dan move on selepas kematian suami

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

semoga emak saya di berikan kesembuhan oleh Allah swt

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

SALAMAH BINTI KASIM

2 tahun yang lepas

Ya Allah Kau tempatkanlah Emak aku di kalangan org beriman. Kau permudahkan sgl urusan warga Emas Nur Ehsan

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: