PERSATUAN KEBAJIKAN NUR EHSAN NEGERI JOHOR

Aktif sejak Jun 08, 2022

Tentang Penganjur

Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.


Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :


1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.

2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.

3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.

4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.


PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.


Lot 3353, Mlo 1034, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor , 81200, Johor Bahru, Johor, Malaysia
nurehsan2007@gmail.com
+60172326415
+60172326415

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Doa kan saya sihat untuk manjaga suami sya emak sana ank ank saya dan keluarga sYa

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

SARAH

2 tahun yang lepas

Tolong doakan semoga Allah sentiasa memelihara dan melindungi baby dalam kandungan saya dan semoga Allah permudahkan urusan saya dan suami, Siti Sarah binti Usin dan Mawardi Ambo Ala dunia akhirat, semoga Allah murahkan rezeki kami, limpahkan rezeki yg terus mengalir seperti air zam-zam supaya kami dapat berkongsi rezeki dgn keluarga dan saudara Islam yg memerlukan.. Aamin Ya Allah Ya Mujib.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya Allah berkatilah hidupku ini dan rahmatilah aku bila aku mati.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya Allah ampuni segala dosa ibu bapa ku dan kami semua. Perluaskan lah dan permudahkanlah apa jua rezeki dan segala urusan kami didunia dan diakhirat… aamiinn ya Rabb 🤲🏼

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

RAMLAH YUSOFF

2 tahun yang lepas

Semoga urusan kita semua dipermudahkan dunia dan akhirat...Aminnn ya Rabb...

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya Allah, engkau permudahkanlah urusan dunia & akhirat kami. Ya Allah kekalkan iman kami sehingga kami bertemu dengan Mu.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: