PERSATUAN KEBAJIKAN NUR EHSAN NEGERI JOHOR

Aktif sejak Jun 08, 2022

Tentang Penganjur

Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.


Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :


1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.

2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.

3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.

4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.


PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.


Lot 3353, Mlo 1034, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor , 81200, Johor Bahru, Johor, Malaysia
nurehsan2007@gmail.com
+60172326415
+60172326415

Doa-Doa #Penyumbang

JUNAIDAH SULAIMAN

1 bulan yang lepas

Semuga Allah merahmati & menjaga kebajikan rumah perlindungan suci ini

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 bulan yang lepas

Bismillahirahmanirrahim. Ya Allah, ampunilah segala dosa dosa kami & ibu bapa kami ya Rabb.. Rahmatilah kedua orang tua kami sebagaimana mereka mengasihani kami semasa kecil ROBBI INNII LIMAA ANZALTA ILAYYA MIN KHOIRIN FAQIRUN "Ya Tuhan kamk, sesungguhnya kami sangat mengharapkan setiap kebaikan yang Engkau turunkan kepada kami." Amin yra

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 bulan yang lepas

Semuga Allah memberikn hidayah kpd semua anak2, cucu2 kami dn umat seluruhnya serta diberi kn rezki dn pekerjaan yg baik kpd anak2 kami dn semua yg masih mencari peluang pekerjaan dn rezki demi sebuah kelangsungan hidup, insyaa Allah.aamiin

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

MOHD IZAD BIN HUSSEIN

1 bulan yang lepas

Semoga dipermudahkan segalanya jauhkan dr segala jenis penyakit,mendapat kejayaan dunia akhirat hingga jannah..jadikan ank² kami,ank² soleh solehah Hafiz Hafizah Alim Alimah buat dakwah seluruh alam.. permudahkan ank² syahada 30juz al Quran n sambung belajar Alim, aamiin aamiin yra

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 bulan yang lepas

Semoga dipermudah segala urusan.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 bulan yang lepas

Semoga diberi kesihatan dan kekayaan dunia dan akhirat sgar dpt membantu di lain masa

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: