PERSATUAN KEBAJIKAN NUR EHSAN NEGERI JOHOR

Aktif sejak Jun 08, 2022

Tentang Penganjur

Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.


Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :


1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.

2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.

3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.

4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.


PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.


Lot 3353, Mlo 1034, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor , 81200, Johor Bahru, Johor, Malaysia
nurehsan2007@gmail.com
+60172326415
+60172326415

Doa-Doa #Penyumbang

MAZLIHA BINTI ZAINAL ABIDIN

1 bulan yang lepas

Allahuakbar,semoga Allah mengurniakan pahala sumbangan saya ini buat kedua ibu bapa saya, suami serta anak² saya.. sihat tubuh badan buat mereka dan buat anak² saya, semoga cemerlang didalam exam.. Mohon doakan agar rezeki kami mengalir seperti air zam² dan bahagia di dunia dan akhirat.. Aamiin Yaa Rabb

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 bulan yang lepas

Semoga pahala utk kedua ibubapaku..lapangkn kehidupan ank2ku dekatkn jodoh mereka dgn wanita yg taat agama limpahkn rezki yg barokah agar mereka dpt selesaikn segala hutang yg tertangguh dan beri jln keluar dari segala masalah yg dihadapi..dan kurniakn kesihatan yg memudahkn kami utk mencari rezki yg halal..aamiin Allahumma aamiin

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

NOR BAIZURA

1 bulan yang lepas

Semoga Allah murahkan rezeki seperti air sungai yang mengalir tanpa henti, sihatkan tubuh badan utk terus berbakti dan beribadah kepadaNya Semoga Allah terima segala amalan kita Aaminn

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 bulan yang lepas

Allah maha pengasih maha penyayang

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 bulan yang lepas

Semoga Allah permudahkan segala urusan

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

ROSMAH BT RAMAN

1 bulan yang lepas

Doakan moga anak sy Muhammad Irfan Yasin dpt menyambung perjuangan Nabi Muhammad SAW..Nur Insyirah & Nur Batrisyia istiqomah bljr agama,jd hamba yg bjaya&berakhlak mulia. Muhammad Aiman & Nur Aisyah penyambung perjuangan fisabilillah. Moga Allah matikan kita dlm husnul khotimah Moga Allah himpunkan kita dlm syurga FIRDAUS bsama Nabi Muhammad SAW Moga Allah REDHA dunia&akhirat

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: