PERSATUAN KEBAJIKAN NUR EHSAN NEGERI JOHOR

Aktif sejak Jun 08, 2022

Tentang Penganjur

Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.


Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :


1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.

2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.

3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.

4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.


PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.


Lot 3353, Mlo 1034, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor , 81200, Johor Bahru, Johor, Malaysia
nurehsan2007@gmail.com
+60172326415
+60172326415

Doa-Doa #Penyumbang

AMIRUDDIN BIN ABDUL RAHMAN

1 bulan yang lepas

Ya permudahkan Dan berkati persatuan ini serta keluarga kami

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

AMIRUDDIN BIN ABDUL RAHMAN

1 bulan yang lepas

Ya permudahkan Dan berkati persatuan ini serta keluarga kami

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 bulan yang lepas

Ya Allah sedih sangat tngk orang orang tua mcm ni terasa macam itu la ibu ayah kita, semoga Allah bagi rezeki yang banyak melimpah ruah setiap masa untuk Kebajikan nur ehsan ni agar mereka dapat jaga sebaik mungkin orang tua tua yg tak tahu hala tuju mereka aamiin ya Allah! da tua ad yg sakit sedih sangat.Insyallah mmg teringin melawat semoga nenek atuk dekat sana dilidungi oleh Allah aamiin

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 bulan yang lepas

Bantuan doakan supaya saya sihat dikurniakan zuriat soleh dan solehah dan semoga suami saya Fadli bin othman mendapat kelulusan untuk bekerja di syarikat yang dipohon. Aamiin.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 bulan yang lepas

Bantulah dengan apa cara sekali pun walaupun bukan wang ringgit selagi ada untuk di sumbangkan. Semuanya akan menjadi pahala yg kita tidak tahu tahapnya di sisi Allah SWT.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 bulan yang lepas

semoga dipermudahkan segala urusan dan diberi kesihatan yg baik buat semua ibu2 disana🤲

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: