PERSATUAN KEBAJIKAN NUR EHSAN NEGERI JOHOR

Aktif sejak Jun 08, 2022

Tentang Penganjur

Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.


Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :


1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.

2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.

3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.

4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.


PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.


Lot 3353, Mlo 1034, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor , 81200, Johor Bahru, Johor, Malaysia
nurehsan2007@gmail.com
+60172326415
+60172326415

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Semoga saya & isteri dilimpahkan rezeki yang berkat dan dipermudahkann segala urusan . Amin insyaallah

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

HAMBA ALLAH

2 tahun yang lepas

Semoga tuhan merahmati keluargaku .. berikan aku zuriat yg soleh san solehah .. panjangkan usia kedua ibu abah, ayah dan ibu .. semoga saya dapat duduk berdekatan dgn suami dam keluarga.. semoga diperluaskan rezeki suamiku, ibu bapaku, adik beradikku, keluargaku dan diriku .. aaminn

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Semoga dpermudhkn urusan pihak penganjur dan smoga tercapai hasrat untuk menambahbaik ruang kediaman wanita.

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Saya sedekahkan atas namaku,suamiku,anak²ku..untuk arwah ayah ku saleh bin Abdullah,untuk ibuku..ibu mentuaku.. doakan semoga saya dipermudahkan segala urusan.. dilimpahkan rezeki selalu..dan disayangi sekeliling org² ku saya..aminn

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Assalamualaikum semua niat saya bersedekah adalah kerana Allah.... saya mohon jasa baik tuan dan puan dpt doakan saya dan suami di kurniakan kesihatan yg baik dan di limpah ruahkan lagi yg luas dan berpanjangan seperti air laut yg luas buat kami... in syaa Allah dpt kami membantu lagi ramai yg seperti ini... trm kash semua... saya doakan anda² semua di limpah ruah rezeki yg berpanjangan jgk amin..

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Semoga segala urusan dprmudahkn..amin

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: