PERSATUAN KEBAJIKAN NUR EHSAN NEGERI JOHOR

Aktif sejak Jun 08, 2022

Tentang Penganjur

Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.


Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :


1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.

2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.

3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.

4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.


PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.


Lot 3353, Mlo 1034, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor , 81200, Johor Bahru, Johor, Malaysia
nurehsan2007@gmail.com
+60172326415
+60172326415

Doa-Doa #Penyumbang

NORAINI ABU SEMAN

2 tahun yang lepas

Doakan sentiasa sihat dan dapat beramal

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

HASMAH CHE MAT JANI

2 tahun yang lepas

Ya Allah, jadi kan aku insan sy banyak bersyukur dan sentiasa berasa cukup...limpahkan lah rezeki aku..rahmatilah dan berkalitah hidupku..

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Doakan dipermudahkan urusan saya, mewah rezeki saya, serta saya, suami dan anak-anak menjadi hamba yang taat perintah Allah. Semoga dipermudahkan orang yang baik-baik menguruskan warga emas ini.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

NUR FARAHANNI ABDULLAH

2 tahun yang lepas

Mohon doakan perkahwinan saya dan suami berkekalan sampai ke jannah..serta dimurahkan rezeki dan kesihatan yang baik..Ya Allah berikanlah aku zuriat yang baik.. Ya Allah hadirkanlah kebahagiaan dan rasa cinta dalam hati suamiku buatku..Ya Allah.. Jadikanlah anak2 ku anak yang soleh dan berjaya Dunia dan Akhirat.. in Sha Allah.. Aamiin

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Mohon doakan semoga perkahwinan saya dan suami berkekalan sampai ke jannah..dan dimurahkan rezeki zuriat..in Sha Allah.. Aamiin

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Doakan saya jadi anak yg taat pada ibu bapa dan suami serta ayah yg baik dan berguna pada keluarga dan hamba Allah yg sentiase bersyukur

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: