PERSATUAN KEBAJIKAN NUR EHSAN NEGERI JOHOR

Aktif sejak Jun 08, 2022

Tentang Penganjur

Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.


Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :


1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.

2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.

3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.

4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.


PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.


Lot 3353, Mlo 1034, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor , 81200, Johor Bahru, Johor, Malaysia
nurehsan2007@gmail.com
+60172326415
+60172326415

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Semoga ibu ayah serta keluarga, dan kita semua umat nabi Muhammad saw dimudahkan urusan dunia dan akhirat, diampunkan segala dosa, dijauhi dari siksa kubur dan api neraka serta diberi ganjaran syurga yang kekal abadi selamanya.. aamiin 🤲

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

ROSDIANA MASTURA BINTI ABDULLAH

2 tahun yang lepas

Moga Ibu2 dan bapa2 d sana diberi ketenangan jiwa, keselesaan dan sentiasa dlm jagaan Allah.

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Semoga Allah permudah segala urusan & doakan saya di temukan dengan jodoh lelaki yang baik.

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

SYAFIAH BINTI FIRMAUTI

2 tahun yang lepas

Semoga Allah memudahkan segala nye untuk rumah Nur ehsan.dan semoga Allah memberikan rezeki yg melimpah ruah agar dapat membeli rumah perlindungan warga emas Nur Ehsan. Dan do'akan juga kami sekeluarga agar DPT trus membantu mane yg termampu Aamiin

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

ABU & DILA

2 tahun yang lepas

Mohon doakan Nurul Adilah Mohd Adnan & Abakar Djibrine Abakar Moustapha dikurniakan cahaya mata yg sempurna sifatnya,sempurna akalnya dan sihat walafiat serta soleh/solehah dlm masa terdekat ini Amin😇 #8years #ttc

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

HAMBA ALLAH

2 tahun yang lepas

Moga warga emas sentiasa dilindungi dan dirahmati olehNya. Aamiin

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: