PERSATUAN KEBAJIKAN NUR EHSAN NEGERI JOHOR

Aktif sejak Jun 08, 2022

Tentang Penganjur

Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.


Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :


1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.

2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.

3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.

4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.


PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.


Lot 3353, Mlo 1034, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor , 81200, Johor Bahru, Johor, Malaysia
nurehsan2007@gmail.com
+60172326415
+60172326415

Doa-Doa #Penyumbang

HAMBA ALLAH

2 tahun yang lepas

Saya menyumbang ikhlas walaupun sikit😇 Saya mohon kepada yg baca jika berkesempatan untuk doakan urusan ivf saya berjaya sudah 8 tahun menanti kehadiran cahaya mata,doakan saya dikurniakan cahaya mata yg sihat walafiat,cukup sifat dan soleh solehah ye Aminnnn😇

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Semoga Allah memperkenankan usaha semua penganjur Dan perderma untuk membeli rumah peelindungan warga emas Dan dikurniakan rzki yg berkat buat diriku sekeluarga Dan semua penderma.amin ya mujib

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

ZARAGAYAH HASAN

2 tahun yang lepas

Moga dilimpahi lagi rezeki buatku & dilancarkan segala urusan warga emas yg dikasihi

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

ZAINON BTE A.BAKAR

2 tahun yang lepas

Ampunnilah dosa sy kedua ibu bapa sy n keluarga sy..Doakan untuk sy dimurahkan rezeki harta wang mmerlimpah ruah di dunia

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

KAMIR & AISHAH

2 tahun yang lepas

Semoga segala urusan utk penjagaan rumah warga Emas ini dipermudahkan. Aaminn.

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Semoga kita semua dilindungi oleh Allah SWT dan dimurahkan rezeki selalu.

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: