PERSATUAN KEBAJIKAN PRIHATIN RAKYAT BATU PAHAT

Aktif sejak Jul 01, 2022

Tentang Penganjur

PERSATUAN KEBAJIKAN PRIHATIN RAKYAT BATU PAHAT (PKPR BATU PAHAT)

NO. PENDAFTARAN : PPM-022-01-18022021


PKPR Batu Pahat merupakan sebuah persatuan yang menjalankan aktiviti-aktiviti berpersatuan dengan berteraskan beberapa teras utama seperti yang berikut.

I)Pendidikan

II)Ekonomi dan Keusahawanan

III)Pembangunan Modal Insan

IV)Warisan Seni Kebudayaan

V)Aktiviti Kemasyarakatan


Pelbagai aktiviti dan program yang dirangka sepanjang tahun bertepatan dengan teras utama yang digariskan diatas dengan membawa cogan kata SOSIO ; EKONOMI, BUDAYA & PENDIDIKAN

 NADI JIWA KEMASYARAKATAN.


Berikut merupakan sebahagian daripada program-program yang dijalankan :

I)Semarak Memori Syawal - Program Bantuan Sempena Syawal

II)Semaikan Rasa Kasih - Program Bantuan Pek Makanan Asnaf

III)Bersama Ringankan beban - Program Pek Makanan B40 & Memerlukan

IV)Mega Tahlil Online

V)Program Bubur Lambuk

VI)Ihya Gema Ramadhan

VII)Buffet Ramadhan Bersama anak Tahfiz

VIII)Dan aktiviti-aktiviti lain

NO. 13, JALAN PUTERA INDAH 9/10, BANDAR PUTERA INDAH, TONGKANG PECHAH, 83010, BATU PAHAT, JOHOR DARUL TAKZIM , 83010, BATU PAHAT, Johor, Malaysia
pkpr.batupahat@gmail.com
+601110651395
+60127521395

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

2 bulan yang lepas

Ya Allah ampunkan kami terima taubat kami masukkan kami kedlm syurga FirdausiMu aamiinn

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 bulan yang lepas

moga murah rezeki kita semua...sembuh dr segala penyakit...diampuni dosa2 dan sentiasa dilindungi Allah SWT...Aamiin.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 bulan yang lepas

Smga amal kita diterima Allah

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 bulan yang lepas

Infaq Jumaat dariku untuk kami sekeluarga, kedua ibubapa kami dan seluruh ahli keluarga kami yg terdahulu meninggalkan kami serta pd semua yg kami berhutang pd sesiapa dan umumnya seluruh umat islam. Semoga Allah ampunkan dosa2 kami sekeluarga kedua ibubapa kami serta seluruh umat islam. Dipermudahkan segala urusan dunia akhirat, terselamat dari sebarang bentuk fitnah akhir zaman dan fitnah dajjal

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 bulan yang lepas

Doakan saya agar dilimpahkan rezeki yang melimpah ruah agar saya dapat membantu insan-insan yg memerlukan dan juga doa kan agar anak2 saya menjadi anak yg Soleh dan solehah yg berjaya di dunia dan akhirat serta doakan ibu saya dipanjangkan umur agar saya dapat berbakti kepadanya.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 bulan yang lepas

Ya Allah, terimalah sedekahku ini, dan jadikanlah ia sebagai sebab keberkatan umurku, rezekiku, dan kesihatanku. Berilah hidayah kepada diriku, kedua ibu bapaku, adik-beradikku, dan bakal suamiku. Jadikanlah untuk kami cahaya di dunia dan di akhirat, permudahkanlah jalan pernikahan antara aku dan pasanganku, serta kurniakanlah pahala yang berterusan hingga Hari Kiamat.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: