Belum berdaftar? Daftar sekarang!
PERSATUAN KEBAJIKAN PRIHATIN RAKYAT BATU PAHAT (PKPR BATU PAHAT)
NO. PENDAFTARAN : PPM-022-01-18022021
PKPR Batu Pahat merupakan sebuah persatuan yang menjalankan aktiviti-aktiviti berpersatuan dengan berteraskan beberapa teras utama seperti yang berikut.
I)Pendidikan
II)Ekonomi dan Keusahawanan
III)Pembangunan Modal Insan
IV)Warisan Seni Kebudayaan
V)Aktiviti Kemasyarakatan
Pelbagai aktiviti dan program yang dirangka sepanjang tahun bertepatan dengan teras utama yang digariskan diatas dengan membawa cogan kata SOSIO ; EKONOMI, BUDAYA & PENDIDIKAN
NADI JIWA KEMASYARAKATAN.
Berikut merupakan sebahagian daripada program-program yang dijalankan :
I)Semarak Memori Syawal - Program Bantuan Sempena Syawal
II)Semaikan Rasa Kasih - Program Bantuan Pek Makanan Asnaf
III)Bersama Ringankan beban - Program Pek Makanan B40 & Memerlukan
IV)Mega Tahlil Online
V)Program Bubur Lambuk
VI)Ihya Gema Ramadhan
VII)Buffet Ramadhan Bersama anak Tahfiz
VIII)Dan aktiviti-aktiviti lain
Hamba Allah
Ya allah,Ya Rahman,Ya Rahim,ampunkan dosa2 kami,dosa kedua ibu bapa kami,keluarga kami,dosa muslimin dan muslimat,kurniakan kebaikan, pelihara kami dri sebarang keburukan di dunia & akhirat.Tempatkan kami di syurga mu tanpa dihisab,kumpulkan kami bersama nabi muhammad s.a.w.Terimalah solat,taubat dan amalan baik kami.Permudahkan urusan kami di dunia dan akhirat.آمِيْنُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
0 orang mengaminkan doa ini
Hamba Allah
Ya Allah! Tiada kemudahan kecuali apa yang Engkau jadikan mudah, dan Engkaulah yang menjadikan perkara yang sukar itu mudah jika Engkau kehendakiYa Allah, Tuhan segala manusia, hilangkanlah penyakit. Sembuhkanlah, Engkau-lah Penyembuh, tiada penyembuh selain Engkau, sembuhkanlah dengan kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit
0 orang mengaminkan doa ini
Hamba Allah
Ya Allah berikanlah pahala infaq ini kepada arwah ibuku, arwah bapa mertuaku, datukku, nenekku, serta seluruh ahli keluargaku yang telah meninggal dunia. Cucurilah rahmat ke atas roh mereka. Limpah ruahkanlah rezeki untukku dan seluruh ahli keluargaku. Kurniakanlah rahmatMu dan redhaMu kepadaku serta seluruh ahli keluargaku. Jadikanlah kami hambaMu yang sentiasa bertaqwa dan bersyukur.
0 orang mengaminkan doa ini