PONDOK MODEN DARUSSALAM SIJANGKANG

Aktif sejak Apr 02, 2021

Tentang Penganjur
Pondok Moden Darussalam Sijangkang telah didaftarkan di bawah jabatan Agama Islam dan telah mendapat kelulusan dan sijil dengan no. pendaftaran JLD.8 (42) untuk pondok putra dan JLD.8 (43) untuk pondok putri. Terbuka kepada pelajar Putera & puteri yang berumur dari 8 . PMDS mempunya sebuah kediaman (tanah lot) untuk pelajar lelaki sebuah kediaman untuk pelajar perempuan. PMDS merupakan salah seorang Penolong Amil Zakat yang bertauliah yang telah dilantik secara rasminya oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS). Tahfiz & Pembelajaran Tahfiz di Rumah Pondok Moden Darussalam Sijangkang dan ditubuhkan sejak Januari 2018 berbeza dengan pusat atau madrasah tahfiz yang lain. Nama Pusat Tahfiz ini diambil adalah sempena nama Pondok Moden Darussalam Gontor, sebuah institusi pengajian yang termasyur di dunia. Menumpukan pengajian hafazan Al-Quran, pengajian Hadith, Bahasa Arab, Fardhu Ain serta kemahiran Menjahit (Banat). Sasaran pengajian adalah pelajar harus menghafal 30 Juzuk Al-Quran dan Hadith dari kitab Bulughul Maram dalam tempoh 2 tahun. Disini, pelajar dibimbing oleh seorang guru yang dilantik daripada Pondok Moden Darussalam Gontor dimana mereka sangat berpengalaman dalam khususnya pengajian Hadith dan Bahasa Arab, sementara pengajian Al-Quran pula dibimbing oleh Ustaz Abdul Aziz Bin Ismail pengetua yang mempunyai sanad Al-Quran.

LOT 1377, JALAN UTAMA, BATU 8, KG. SIJANGKANG, 42500 TELOK PANGLIMA GARANG, SELANGOR DARUL EHSAN , 42500, TELOK PANGLIMA GARANG, Selangor, Malaysia
officialpmds@gmail.com
0192375174

Doa-Doa #Penyumbang

MS

1 tahun yang lepas

Semoga amalan kami sekeluarga diterima oleh Allah. Semoga Allah mengampunkan dosa kami sekeluarga, memberi keredhaanNya kepada kami & memasukkan kami sekeluarga ke dalam Syurga Firdaus tanpa perlu dihisab & tanpa perlu diazab terlebih dahulu serta memberikan kebaikan yang banyak kepada kami sekeluarga di dunia & di akhirat. Amin

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Tetapkan lah hati Nur Izzati Binti Ahmad Nasharuddin dan seluruh keturunan dan kenalan mereka di atas jalan akidah Islam yg benar. Kurniakanlah Izzati seorang suami yg soleh dan rahmati dan berkatilah rumah tangga mereka dunia akhirat. Amin. Terima kasih ye

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Smoga kita semua dipermudahkan segala urusan.. In shaa Allah

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

PUTERI SYAHIRAH ZULLKEFLI

1 tahun yang lepas

Ya Allah, maafkanlah dosa dosa kami sekeluarga, masukkanlah kami kedalam syurgamu tanpa dihisab, kau berikanlah kami kesihatan berpanjangan, panjangkanlah umur kami. Ya Allah, kau tanamkan rasa sayang dan saling mencintai sesama kami suami isteri, kau kurniakanlah zuriat yang sempurna untuk kami. Ya Mujib, sesungguhnya hanya Engkau lah kami meminta dan hanya Engkau lah yang Maha Berkuasa. Amin

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

TIHAWA BINTI HJ SAHARAN

1 tahun yang lepas

semoga keluarga kami bahagia sakinah mawaddah warahmah. Taat perintah Allah dan berjaya dunia akhirat. Aamiin

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

ZAIHAR MOHAMED TAHIR

1 tahun yang lepas

Semoga arwah suami saya, Almarhum Razali Bin Kemat tenang di negara abadi, ditempatkan dikalangan yang beriman, dilapangkan dan diterangkan kuburnya dan diampun segala dosanya. Amin Ya Rabb

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: