Persatuan Pengguna Islam Malaysia

Aktif sejak Jul 28, 2020

Tentang Penganjur

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) adalah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) ditetapkan dibawah Seksyen 2, Akta Pertubuhan 1966.


Ia ditubuhkan pada Jun 1997 diatas inisiatif sekumpulan aktivis yang mahukan perubahan dalam landskap kepenggunaan Islam.    


Walaupun Perlembagaan Persekutuan Perkara 3(1) telah mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi, namun wujud banyak faktor yang menjejaskan kepentingan pengguna Islam terutamanya dalam isu halal & syariah.


Berteraskan moto “Bersama Kembalikan Hak & Maruah Dengan Bijaksana”, maka lahirlah sebuah perjuangan yang inshaaAllah ikhlas diterajui oleh aktivis masyarakat, ilmuan agama & individu profesional yang prihatin dengan masa depan pengguna Islam Malaysia.


Antara isu yang telah diperjuangkan adalah berkaitan dengan halal / haram, penganiayaan, ketidakadilan, kemungkaran dan kekejaman terhadap pengguna Islam.


Berdasarkan sejarah perjuangan tersebut, PPIM kini diiktiraf umum disamping berjaya mendesak serta melaksanakan perubahan dalam landskap kepenggunaan Malaysia. InshaaAllah.



70X, Jalan Keramat Hujung, Bukit Keramat. 54000 Kuala Lumpur. , 54000, Kuala Lumpur, Kuala lumpur, Malaysia
sumbangan@ppim.org.my
+603-4256 6618

Doa-Doa #Penyumbang

DZAINON BINTI JALANI

1 jam yang lepas

Semoga diberikan kesihatan yang baik. Sembuh dari segala penyakit. InshaAllah Aamiin ya Rabbal Alamin 🤲

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 jam yang lepas

Semoga Palestin menjadi negara bebas merdeka dan semog saya berpeluang ziarah AlAqsa

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 jam yang lepas

Semoga Palestin merdeka.semiga saya dapat ziarah masjidil Aqsa

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 jam yang lepas

Letak nama:- arwah zaharah bt Mohd Zain Arwah Mohd Azmi B Ab Rahman Arwah Rashid bin Onar

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 jam yang lepas

Semoga Allah mudahkan urusan yang dirancang Asbab ini juga, semoga Allah kurniakan saya dan keluarga hati yang sentiasa mahu bersedekah, menjauhkan kami daripada perkara yang tidak baik, melindungi anak-anak saya walau d mana sj berada, memudahkan urusan pelajaran mereka, sentiasa mendengar kata dan sentiasa menyayangi antara satu sama lain. Berjaya hidup dunia dan akhirat.

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

5 jam yang lepas

Bismillahirrahmanirrahim.ya Allah permudah kan segala urusan sedaraku di Palestin dan permudah kan urusan kami semua di dunia dan di akhirat dan yang sakit di beri kesembuhan keluarga ku tau pun sedara seislam ku.amnin

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: