Persatuan Pengguna Islam Malaysia

Aktif sejak Jul 28, 2020

Tentang Penganjur

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) adalah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) ditetapkan dibawah Seksyen 2, Akta Pertubuhan 1966.


Ia ditubuhkan pada Jun 1997 diatas inisiatif sekumpulan aktivis yang mahukan perubahan dalam landskap kepenggunaan Islam.    


Walaupun Perlembagaan Persekutuan Perkara 3(1) telah mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi, namun wujud banyak faktor yang menjejaskan kepentingan pengguna Islam terutamanya dalam isu halal & syariah.


Berteraskan moto “Bersama Kembalikan Hak & Maruah Dengan Bijaksana”, maka lahirlah sebuah perjuangan yang inshaaAllah ikhlas diterajui oleh aktivis masyarakat, ilmuan agama & individu profesional yang prihatin dengan masa depan pengguna Islam Malaysia.


Antara isu yang telah diperjuangkan adalah berkaitan dengan halal / haram, penganiayaan, ketidakadilan, kemungkaran dan kekejaman terhadap pengguna Islam.


Berdasarkan sejarah perjuangan tersebut, PPIM kini diiktiraf umum disamping berjaya mendesak serta melaksanakan perubahan dalam landskap kepenggunaan Malaysia. InshaaAllah.



70X, Jalan Keramat Hujung, Bukit Keramat. 54000 Kuala Lumpur. , 54000, Kuala Lumpur, Kuala lumpur, Malaysia
sumbangan@ppim.org.my
+603-4256 6618

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Semoga Allah meringankan apa yg berat, memudahkan apa yg sukar, bahagiakan yg kesedihan, menyembuhkan yg kesakitan, melapangkan yg kesempitan. Semoga mereka yang diuji, diberikan kekuatan kesabaran, diangkat segala dosa, ditingkatkan darjat di sisi Allah. Semoga kita smua berjaya mencapai matlamat iaitu mati dlm keadaan beriman pada Allah serta Rasul, dimasukkan syurga tanpa hisab dan azab.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Semoga dipermudahkan segala urusan InsyaAllah. Semoga amalan infaq ini diterima Allah swt

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Ya Allah kurniakan lah kami rezeki yang bermanfaat dan berkah.. redhai lah kami dan seluruh umat nabi muhammad saw. Amiin

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Semoga allah swt terima segala amal kebaikan yg kita lakukan. Aminnnn ya mujib.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

mudah2an Allah mewahkan rezeki sentiasa

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

KHAIRUL HAZWAN BIN KHAIRUDIN

1 tahun yang lepas

Ya ALLAH S.W.T menerima segala amalan pahala buat kami sekeluarga dan juga kurniakan pahala yang berlipat kali ganda.Selain itu diampunkan segala dosa dosa besar dan dosa kecil serta diharamkan dari balasan padang mahsyar dan diharamkan dari azab api neraka. Amin Ya Mujib

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: