Persatuan Pengguna Islam Malaysia

Aktif sejak Jul 28, 2020

Tentang Penganjur

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) adalah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) ditetapkan dibawah Seksyen 2, Akta Pertubuhan 1966.


Ia ditubuhkan pada Jun 1997 diatas inisiatif sekumpulan aktivis yang mahukan perubahan dalam landskap kepenggunaan Islam.    


Walaupun Perlembagaan Persekutuan Perkara 3(1) telah mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi, namun wujud banyak faktor yang menjejaskan kepentingan pengguna Islam terutamanya dalam isu halal & syariah.


Berteraskan moto “Bersama Kembalikan Hak & Maruah Dengan Bijaksana”, maka lahirlah sebuah perjuangan yang inshaaAllah ikhlas diterajui oleh aktivis masyarakat, ilmuan agama & individu profesional yang prihatin dengan masa depan pengguna Islam Malaysia.


Antara isu yang telah diperjuangkan adalah berkaitan dengan halal / haram, penganiayaan, ketidakadilan, kemungkaran dan kekejaman terhadap pengguna Islam.


Berdasarkan sejarah perjuangan tersebut, PPIM kini diiktiraf umum disamping berjaya mendesak serta melaksanakan perubahan dalam landskap kepenggunaan Malaysia. InshaaAllah.



70X, Jalan Keramat Hujung, Bukit Keramat. 54000 Kuala Lumpur. , 54000, Kuala Lumpur, Kuala lumpur, Malaysia
sumbangan@ppim.org.my
+603-4256 6618

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

5 bulan yang lepas

SEMOGA SAYA SERTA KELUARGA SENTIASA DIRAHMATI DAN DILINDUNGI ALLAH SWT DRP BENCANA ATAU MUSIBAH DAN DIBERI KESIHATAN YG BAIK SUPAYA BOLEH TERUS MELAKUKAN IBADAHYG WAJIB ATAU SUNAT.AAMIIN

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

5 bulan yang lepas

Ya Allah amponkan dosa2 kami. Ibu bapa dan anak cucu kami Ahmad ArRasyid. Rahmatilah kami dunia Dan akhirat. Sesungguhnya Engkau mahu pengampon Aaminn2 Ya Robbal Aalamin.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

HSR

5 bulan yang lepas

Ya Allah.. Ampunkn dosa2 ku/ibubapa ku/anak2, menantu2, cucu2 ku Angkatkn darjat kami dunia&akhirat Jadikanlah anak2, menantu2, cucu2 ku org2 yg soleh/solehah yg taat mejalankn perintah Mu Rukun damaikn rumahtangga anak2ku Murahkn/luaskn reziki kami dengn reziki yg berkah. Bukakn peluang kerja utk anakku M.Hamidon Selamatkn kami dunia/akhirat & selalamatkn kami dari fitnah dajjal

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

NOORZILAH LAT

5 bulan yang lepas

Semoga segala urusan dipermudahkan dan berjalan lancar, Aminn.

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

ATHIRAH

5 bulan yang lepas

semoga dipermudahkan urusan di dunia dan di akhirat

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

5 bulan yang lepas

Doakn saya dan keluarga didlm perlindungan allah sentiasa. Semoga allah redha keatas kami dunia dan akhirat

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: