Persatuan Pengguna Islam Malaysia

Aktif sejak Jul 28, 2020

Tentang Penganjur

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) adalah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) ditetapkan dibawah Seksyen 2, Akta Pertubuhan 1966.


Ia ditubuhkan pada Jun 1997 diatas inisiatif sekumpulan aktivis yang mahukan perubahan dalam landskap kepenggunaan Islam.    


Walaupun Perlembagaan Persekutuan Perkara 3(1) telah mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi, namun wujud banyak faktor yang menjejaskan kepentingan pengguna Islam terutamanya dalam isu halal & syariah.


Berteraskan moto “Bersama Kembalikan Hak & Maruah Dengan Bijaksana”, maka lahirlah sebuah perjuangan yang inshaaAllah ikhlas diterajui oleh aktivis masyarakat, ilmuan agama & individu profesional yang prihatin dengan masa depan pengguna Islam Malaysia.


Antara isu yang telah diperjuangkan adalah berkaitan dengan halal / haram, penganiayaan, ketidakadilan, kemungkaran dan kekejaman terhadap pengguna Islam.


Berdasarkan sejarah perjuangan tersebut, PPIM kini diiktiraf umum disamping berjaya mendesak serta melaksanakan perubahan dalam landskap kepenggunaan Malaysia. InshaaAllah.



70X, Jalan Keramat Hujung, Bukit Keramat. 54000 Kuala Lumpur. , 54000, Kuala Lumpur, Kuala lumpur, Malaysia
sumbangan@ppim.org.my
+603-4256 6618

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

ya Allah...kurnia kan lah kami semua kebaikan di dunia dan kebaikan juga di akhirat...aaminnn

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

YA ALLAH,ampunkn dosa2 kmi,jdkn rezki ini brmanfaat wt pnerima,krniakn ak,suami&ank2ku rezki yg halal&brkah,iman yg bnar,mtikn kmi dlm husnulkhotimah,bntulh kmi agr kmi bribadah lbh baik dr sblmny.

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah kurniakanlah kepada kami rezeki yang luasnya seperti lautan. Kurniakanlah kepada kami rezeki halal lagi baik tanpa memberatkan kami.

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah berikanlah rahmat & keampunan Mu kepada kami,ibu bapa kami keluarga kami sahabat kami & sesiapa sahaja yang bersama kami

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Bismillah.. Ya Allah.. bukakan la pintu hidayah Mu utk Muhammad Redzwan bin Zulkifli supaya kuat utk sentiasa beribadah kpdMu, dan naikkan la martabatnya serta lindungila keluarganya.. Amin

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya allah ampunkanlah dosa-dosa kami. Permudahkanlah urusan kami. Matilah kami dalam iman.

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: