Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) adalah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) ditetapkan dibawah Seksyen 2, Akta Pertubuhan 1966.
Ia ditubuhkan pada Jun 1997 diatas inisiatif sekumpulan aktivis yang mahukan perubahan dalam landskap kepenggunaan Islam.
Walaupun Perlembagaan Persekutuan Perkara 3(1) telah mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi, namun wujud banyak faktor yang menjejaskan kepentingan pengguna Islam terutamanya dalam isu halal & syariah.
Berteraskan moto “Bersama Kembalikan Hak & Maruah Dengan Bijaksana”, maka lahirlah sebuah perjuangan yang inshaaAllah ikhlas diterajui oleh aktivis masyarakat, ilmuan agama & individu profesional yang prihatin dengan masa depan pengguna Islam Malaysia.
Antara isu yang telah diperjuangkan adalah berkaitan dengan halal / haram, penganiayaan, ketidakadilan, kemungkaran dan kekejaman terhadap pengguna Islam.
Berdasarkan sejarah perjuangan tersebut, PPIM kini diiktiraf umum disamping berjaya mendesak serta melaksanakan perubahan dalam landskap kepenggunaan Malaysia. InshaaAllah.
Hamba Allah
Ya Allah, berilah bantuan utk bumi Gaza. Hantarlah tenteraMu utk musnahkan Israel yg sombong dan bongkak. Tunjukkan kekuasaanMu dgn menghancurkan bangsa Israel yg terlaknat. Ya Allah, ampunkan dosa2ku, ahli keluarga dan seluruh kaum muslimin..kami sgt leka dgn kehidupan kami dlm mengejar dunia sehingga kami terlupa dgn tanggungjwb kami kpd saudara2 seagama kami yg tertindas dipelusuk dunia..
Anda mengaminkan doa ini
Hamba Allah
Ya Allah berkatilah setiap rezeki yg engkau berikan pada semua penyumbang, luaskan rezeki kami,dan ingatkan kami tentang saudara2 kami ,ya Allah berkatilah kehidupan anak-anak ku, bahagia kan anak2 ku melebihi kebahagiaan ku, permudahkan segala urusan mereka, luaskan rezeki mereka, aturkan kehidupan mereka lebih baik daripada kehidupan ku,ya Allah berikanlah perlindunganmu kepada saudara, ank2Kami
Anda mengaminkan doa ini
Hamba Allah
Bismillah, salawat & salam atas junjungan besar baginda Rasulullah s.a.w. Kurniailah ya Allah kasih sayang, keredhaan & perlindunganMu kpd selhruh Palestine & Ghaza, & gagalkan usaha yg mahu menghancurkan saudara kami di sana. Amin
Anda mengaminkan doa ini