PERTUBUHAN PENJAGAAN KESIHATAN SEJAHTERA

Aktif sejak Nov 07, 2021

Tentang Penganjur

PERTUBUHAN Penjagaan Kesihatan Sejahtera (PPKS) telah ditubuhkan pada April 2019 bertujuan untuk memberi kesedaran serta membantu mengurangkan beban masyarakat dalam mengharungi kehidupan mencabar sebagai pesakit kronik disamping mewujudkan sistem sokongan kepada warga yang terlibat dalam urusan perubatan.


Keahlian dari pelbagai bidang kepakaran di dalam PPKS telah menjadikan pertubuhan ini sebuah entiti yang  mampu berdaya saing dan membantu mengurangkan masalah kesihatan yang ditanggung oleh masyarakat. Keahlian dari beberapa orang Doktor pakar serta dari bidang kepakaran lain merupakan tunjang kekuatan pertubuhan ini.


Pusat rawatan dialisis, teknologi maklumat, pelancongan perubatan serta program-program kesihatan adalah fokus utama pertubuhan ini. Selain itu, kebajikan ahli yang berdaftar serta masyarakat yang memerlukan juga menjadi perhatian pertubuhan ini melalui program kerohanian dan program kebajikan serta program kesedaran terhadap kesihatan.


Matlamat penubuhan Pusat Rawatan Dialisis PPKS: 


  1. 1. Memberikan perkhidmatan rawatan dialisis PERCUMA kepada pesakit-pesakit    bertaraf miskin tegar, kurang berkemampuan & asnaf daripada golongan; peserta Jabatan Kebajikan Masyarakat, PERKESO, Orang Asli, Majlis Agama Islam negeri & Pusat Zakat.

  2. 2. Sebagai platform penganjuran program kesedaran kesihatan buah pinggang kepada pesakit dan keluarga pesakit.

  3. 3. Mewujudkan system sokongan berbentuk seminar dan sesi kaunseling PERCUMA kepada pesakit dan penjaga pesakit.

  4. 4. Menganjurkan hari keluarga untuk pesakit, keluarga pesakit  serta warga kerja yang terlibat untuk sentiasa memberikan perkhidmatan terbaik.

 

 

Saketeriat PPKS E-23A-8 DOVER PARK, SRI PUTRAMAS 1, JALAN PUTRAMAS, , 51200, KUALA LUMPUR, --sila pilih--, Malaysia
ppksejahtera@gmail.com
0134858665

Doa-Doa #Penyumbang

SITI KHAMISAH MD HASSAN

2 tahun yang lepas

Ya Allah permudahkn urusan mereka. Ya Allah alirkn pahala ini keatas kedua ibubapaku,suamiku,anak2ku,muslimin muslimat mukminin mukminat.kurniakn aku rezeki seluas langitMu,amin

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya Allah, lindungilah kami semua dari bencana alamMu dan kasihani la mereka yang terjejas Ya Allah.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

ya Allah ampunkandosa2kamiibubapakusuamiku anak2ku serta kaummusliminmuslimat yg masihhidupataupunygsudahmeninggaldunia redhaikamimasukkankamidlmsyurgaMu permudahkanlahurusan kamididuniadanakhirat

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya Allah ampunilh dosa-dosa kami….semoga kami sentiasa dalam rahmat dan kaseh sayangmu Ya Allah.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

RINA

2 tahun yang lepas

Semoga rakyat Malaysia semua sentiasa dlm rahmat, peliharaan dan ihsan kasih syg Allah yg berpanjangan di dunia dan akhirat... Amin YRA.,

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Semoga Allah permudahkan urusan kita semua.

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: