PERTUBUHAN PENJAGAAN KESIHATAN SEJAHTERA

Aktif sejak Nov 07, 2021

Tentang Penganjur

PERTUBUHAN Penjagaan Kesihatan Sejahtera (PPKS) telah ditubuhkan pada April 2019 bertujuan untuk memberi kesedaran serta membantu mengurangkan beban masyarakat dalam mengharungi kehidupan mencabar sebagai pesakit kronik disamping mewujudkan sistem sokongan kepada warga yang terlibat dalam urusan perubatan.


Keahlian dari pelbagai bidang kepakaran di dalam PPKS telah menjadikan pertubuhan ini sebuah entiti yang  mampu berdaya saing dan membantu mengurangkan masalah kesihatan yang ditanggung oleh masyarakat. Keahlian dari beberapa orang Doktor pakar serta dari bidang kepakaran lain merupakan tunjang kekuatan pertubuhan ini.


Pusat rawatan dialisis, teknologi maklumat, pelancongan perubatan serta program-program kesihatan adalah fokus utama pertubuhan ini. Selain itu, kebajikan ahli yang berdaftar serta masyarakat yang memerlukan juga menjadi perhatian pertubuhan ini melalui program kerohanian dan program kebajikan serta program kesedaran terhadap kesihatan.


Matlamat penubuhan Pusat Rawatan Dialisis PPKS: 


  1. 1. Memberikan perkhidmatan rawatan dialisis PERCUMA kepada pesakit-pesakit    bertaraf miskin tegar, kurang berkemampuan & asnaf daripada golongan; peserta Jabatan Kebajikan Masyarakat, PERKESO, Orang Asli, Majlis Agama Islam negeri & Pusat Zakat.

  2. 2. Sebagai platform penganjuran program kesedaran kesihatan buah pinggang kepada pesakit dan keluarga pesakit.

  3. 3. Mewujudkan system sokongan berbentuk seminar dan sesi kaunseling PERCUMA kepada pesakit dan penjaga pesakit.

  4. 4. Menganjurkan hari keluarga untuk pesakit, keluarga pesakit  serta warga kerja yang terlibat untuk sentiasa memberikan perkhidmatan terbaik.

 

 

Saketeriat PPKS E-23A-8 DOVER PARK, SRI PUTRAMAS 1, JALAN PUTRAMAS, , 51200, KUALA LUMPUR, --sila pilih--, Malaysia
ppksejahtera@gmail.com
0134858665

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Semoga kita semua dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki. Aminnn

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya Allah redhailah kami, pertemukanlah kami dengan penghulu kami Nabi Muhammad SAW. Ampunilah kami dan kedua ibu bapa kami ahli keluarga kami serta seluruh umat islam. Baikilah Silaturrahim kami. Amin

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya Allah ampuni dosaku.mudahkanlah urusanku dunia Dan akhirat Dan semoga usaha bantuan dipermudahkan Dan Hulu Langat kembali pulih seperti sediakala.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

❤️

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

NURUL AIN

2 tahun yang lepas

Moga mangsa2 banjir tidak kira agama di Malaysia diberi Kekuatan dan ketabahan dlm menghadapi dugaan dan dipermudahkan urusan mereka,Amiin..Doakan saya diberi rezeki ank lelaki yg soleh 1hari nnti😊

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Mova allah permudahkan segala urusan.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: