RH QIROAT CENTRE

Aktif sejak Mar 10, 2022

Tentang Penganjur

RH Qiroat Centre adalah sebuah platform Pusat Pengajian Al-Quran dan 10 Qiroat secara Online. RH Qiroat Centre menyediakan kemudahan lengkap bagi para pelajar mempelajarai 10 Qiroat bersijil sanad secara lengkap dan teratur. RH QC menyediakan guru-guru, tutors dan pentadbiran yang sentiasa memantau rutin pelajar. Para pelajar mempelajari subjek berikut di RHQC:
1. 10 Qiroat bersijil sanad yang sanadnya sampai ke Rasulullah SAW
2. Mempelajari da memperkemaskan Tajweed
3. Mempelajari Bahasa Fushah & A’miyah

4. Tutorial Qiroat 10

5. Pelbagai modul pelajaran lain terkait Al-Quran dan 10 Qiroat, Hadith dan I'rab dan terjemahan Al-Quran

Kelas-kelas di RHQC terdiri dari 7 kelas percuma kepada sesiapa sahaja yang diadakan pada setiap hari. Antara kelas percuma yang dianjurkan oleh RHQC adalah:
1. Kelas Perkemaskan Tajweed disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Nazri Shahrom pada setiap Ahad
2. Kelas Metodologi Qirpat 10 disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Amiri Ghani pada setiap Isnin dan Selasa
3. Kelas Tadabbur Al-Quran dengan Soalan disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Harfiz Hamzah pada setiap Selasa
4. Kelas Irab Al-Quran dan Terjemahan Ringkas disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Hakim Kamal pada setiap Rabu
5. Kelas Hadith Riyahus Salihin disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Syed Norhisyam pada setiap Khamis
6. Kelas Bacaan Surahtul Kahfi dipimpin oleh Sheikh/Shekkah dari Mesir pada setiap Jumaat
7. Kelas Fardhu Ain dan Tarannum disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Azizi Yaacob pada setiap Sabtu


RHQC kini menyediakan sebuah platform Komuniti Al-Quran di laman web rasmi RHQC https://rhqiroatcentre.com 
Semua orang dari seluruh dunia boleh menyertai komuniti Al-Quran ini secara percuma. Adalah menjadi hasrat RHQC agar dapat menyebar luaskan pengetahuan Al-Quran kepada sekalian umat. Misi RHQC untuk menunaikan tanggungjawab dan amanah ilmu yang perlu disampaikan kepada semua.

No 2, Jalan Titian, U8/41 B , Bukit Jelutong , 40150, Shah Alam, Selangor, Malaysia
admin@rhqiroatcentre.com
+60173776658
+60173776658

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

1 bulan yang lepas

Semoga saya dipermudahkan urusan di dunia dan akhirat serta Allah ampunkan dosa saya yang lalu

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 bulan yang lepas

Ya Allah Ya Tuhan Kami, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan amat suka akan keampunan, maka berikanlah keampunan kepadaku.Wahai Allah, jadikanlah kami, pilihlah nama kami wahai Allah di kalangan mereka yang dibebaskan dari senarai api neraka.Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu keredhaan-Mu dan syurga, dan aku berlindung kepada-Mu daripada kemurkaan-Mu dan neraka.Amin

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 bulan yang lepas

Ya allah,Ya Rahman,Ya Rahim,ampunkan dosa2 kami,dosa kedua ibu bapa kami,keluarga kami,dosa muslimin dan muslimat,kurniakan kebaikan, pelihara kami dri sebarang keburukan di dunia & akhirat.Tempatkan kami di syurga mu tanpa dihisab,kumpulkan kami bersama nabi muhammad s.a.w.Terimalah solat,taubat dan amalan baik kami.Permudahkan urusan kami di dunia dan akhirat.آمِيْنُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 bulan yang lepas

Ya allah,Ya Rahman,Ya Rahim,ampunkan dosa2 kami,dosa kedua ibu bapa kami,keluarga kami,dosa muslimin dan muslimat,kurniakan kebaikan, pelihara kami dri sebarang keburukan di dunia & akhirat.Tempatkan kami di syurga mu tanpa dihisab,kumpulkan kami bersama nabi muhammad s.a.w.Terimalah solat,taubat dan amalan baik kami.Permudahkan urusan kami di dunia dan akhirat.آمِيْنُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 bulan yang lepas

Ya Allah, permudahkan lah urusan ku, limpahilah ak dgn rezeki mu ya Allah, majukan lah perniagaan majuqie autoworks, majuqie enterprise, dan nanagojous global international sdn bhd, permudahkan lah urussan ku dgn syarifah alia syakirah. Engkau permudahkan lah urusan isteri ku nur syazwani

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

HASNUL SHOHAIME

2 bulan yang lepas

Semoga keluarga Hasnul Amir dirahmati Allah, diberi kesihatan yg baik, diluaskan rezeki dan dipermudahkan segala urusan Aamiin

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: