RELAWAN MUDA ISMA

Aktif sejak Sep 28, 2022

Tentang Penganjur


Pertubuhan Sukarelawan Isma ataupun sinonim dengan nama Relawan Muda ISMA (RMI) merupakan sebuah organisasi yang ditubuhkan untuk memberikan bantuan dan sokongan terhadap mereka yang memerlukan bantuan, mangsa bencana, orang kelainan upaya dan lain – lain. 


Ia merupakan satu inisiatif bagi mengumpulkan tenaga anak-anak muda dari seluruh Malaysia untuk sama-sama berganding bahu menyumbang kelebihan yang ada pada anak muda bagi sama-sama dirasai oleh semua rakyat Malaysia yang memerlukan.


Fokus utama kami pada pembangunan modal insan berteraskan kebajikan dan khidmat masyarakat berorentasikan kemahiran profesional pemuda. Menjadi peneraju utama dalam projek pembangunan masyarakat melalui aktiviti khidmat masyarakat dan kebajikan. Melahirkan susuk pemuda yang prihatin masalah masyarakat, sedia membantu dalam apa jua keadaan dan berkhidmat seikhlas hati.

No 1-2, Jalan Putra 3, Taman Putra Kajang, 43000 Kajang, Selangor , 43000, Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia
relawanmuda.isma@gmail.com
1120554483
134365338

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Moga dimurahkan rezeki penerima sumbangan dan diampunkan dosa2.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Ya Allah, berkah dari sedekah ini.. permudahkan pekerjaan/urusan ku. Dengan sedekah ini, aku mohon sampai kan pahalanya utk kedua orang tuaku. Berikanlah kesihatan ke atas diriku, suamiku, anak2ku serta ibubapaku.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Ya Allah murahkan rezeki saya dan keluarga supaya dapat membantu org lain yg memerlukan bantuan. Amin..

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Ya Allah, permudahkan segala urusanku, suamiku, kedua orang tuaku serta kaum keluarga. Serta sembuhkan segala penyakit yg dialami oleh bapaku.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Ya Allah aku mohon agar di ampunkan dosa dosaku dan permudahkanlah kesihatan ibuku.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: