Sekolah Agama Al-Fateh UPNM

Aktif sejak Oct 19, 2020

Tentang Penganjur
Sekolah Agama Al-Fateh merupakan sebuah sekolah KAFA swasta yang berdaftar di bawah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 2017 dan beroperasi di bawah kendalian Pusat Islam Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) sehingga kini. Sekolah ini menggunakan ruang di Masjid Muhammad Al-Fateh UPNM sebagai kelas yang menempatkan murid-murid Darjah 1 hingga Darjah 4 serta 5 orang guru. Sekolah ini ditubuhkan bagi menampung keperluan pengajian Al-Quran dan Fardhu Ain yang begitu terhad di kalangan anak-anak warga UPNM dan penduduk sekitar Sungai Besi agar dapat mempelajari dan menguasai pendidikan Al-Quran dan asas Fardhu Ain dengan baik. Sekolah ini akan terus menerima murid sehingga Darjah 6 pada masa-masa akan datang. Sekolah Agama Al-Fateh merupakan sebuah sekolah swasta yang menjana pendapatannya sendiri bagi menampung keperluan operasi dan bayaran gaji guru-guru. Sehingga kini, sumber pendapatan sekolah hanyalah daripada yuran pengajian yang dibayar oleh ibu bapa murid. Sejajar dengan perkembangan bilangan murid, setiap tahun sekolah sentiasa memerlukan penambahan ruang kelas. Kekangan ruang juga menyebabkan murid-murid hanya dibekalkan meja rendah tanpa kerusi bagi memastikan jumlah pelajar sehingga 30 orang dapat dimuatkan dalam satu kelas."

Masjid Muhammad Al-Fateh, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Kem Perdana , 57000, Sungai Besi, Wilayah persekutuan kuala lumpur, Malaysia
saafupnm@gmail.com
0390512533

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah,kurniaknlh aku, zuriatku,suamiku,ibu bapaku & ahli kelurgaku,org yg kau tahu aku sayangi prlindungn dr sgla musibah dan bala bencana,kecederaan,lapangkn n limpahi rezeki keats kami.ameen

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah.Ampuni aku. Sampaikan lah pahala ini kpd kedua orang tuaku

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah, Ampunilah aku dan sampaikan pahala ini kpd kedua orang tuaku..

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

FITRI FATHILAH

3 tahun yang lepas

Ya Allah. Sampaikan pahala dari sedekah ini kepada arwah bapaku.. amiin

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: