Sekolah Agama Al-Fateh UPNM

Aktif sejak Oct 19, 2020

Tentang Penganjur
Sekolah Agama Al-Fateh merupakan sebuah sekolah KAFA swasta yang berdaftar di bawah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 2017 dan beroperasi di bawah kendalian Pusat Islam Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) sehingga kini. Sekolah ini menggunakan ruang di Masjid Muhammad Al-Fateh UPNM sebagai kelas yang menempatkan murid-murid Darjah 1 hingga Darjah 4 serta 5 orang guru. Sekolah ini ditubuhkan bagi menampung keperluan pengajian Al-Quran dan Fardhu Ain yang begitu terhad di kalangan anak-anak warga UPNM dan penduduk sekitar Sungai Besi agar dapat mempelajari dan menguasai pendidikan Al-Quran dan asas Fardhu Ain dengan baik. Sekolah ini akan terus menerima murid sehingga Darjah 6 pada masa-masa akan datang. Sekolah Agama Al-Fateh merupakan sebuah sekolah swasta yang menjana pendapatannya sendiri bagi menampung keperluan operasi dan bayaran gaji guru-guru. Sehingga kini, sumber pendapatan sekolah hanyalah daripada yuran pengajian yang dibayar oleh ibu bapa murid. Sejajar dengan perkembangan bilangan murid, setiap tahun sekolah sentiasa memerlukan penambahan ruang kelas. Kekangan ruang juga menyebabkan murid-murid hanya dibekalkan meja rendah tanpa kerusi bagi memastikan jumlah pelajar sehingga 30 orang dapat dimuatkan dalam satu kelas."

Masjid Muhammad Al-Fateh, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Kem Perdana , 57000, Sungai Besi, Wilayah persekutuan kuala lumpur, Malaysia
saafupnm@gmail.com
0390512533

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Semoga dipermudahkan segala urusan

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya Allah semoga dgn sumbangan ini, dapat membentuk lebih ramai lagi anak2 soleh dan solehah. Ya Allah, Terima lah amalan hambamu ini, semoga ia dapat membawaku ke syurgamu

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya Allah, Hapuskanlah segola dosa kami, kurniakanlah kami rezeki & segala nikmat yg melimpah ruah yg Engkau redhai. Permudahkan segala urusan kami di dunia & akhirat. Amin Amin Amin Ya Rabbal Alamin.

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

ALLAHYARHAMAH AMNAH ABDULLAH

2 tahun yang lepas

Ya Allah, ampunkanlah dosa2 ibu ku.  Hindarkanlah ibu ku daripada azab kubur dan api neraka. Kurniakanlah kepada ku rezeki yang melimpah ruah yang kau redhai.

Anda dan 3 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

WAN NAB BINTI WAN YAHYA

2 tahun yang lepas

Semoga Allahyarhamah Wan Nab Binti Wan Yahya dipermudahkan urusannya di alam kubur dan ditempatkan di syurga. Pohon doa juga agar perniagaan saya semakin berjaya & berkembang

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

FITRI FATHILAH

3 tahun yang lepas

Ya Allah, sampaikan pahala dari sedekah ini kepada arwah bapaku

1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: