Belum berdaftar? Daftar sekarang!
SEKOLAH RENDAH INTEGRASI TAHFIZ BESTARI (SRITBEST)
Diuruskan Oleh : PUSAT PENGAJIAN INTEGRASI BESTARI
Penubuhan sekolah ini adalah atas dasar kesedaran masyarakat melihat betapa pentingnya pendidikan yang berteraskan Al-Quran dan Sunnah bagi membentuk generasi yang menjadikan Al-Quran sebagai pedoman hidup dan melahirkan âJiilul Quranâ. Kami membangunkan sebuah Institusi Tahfiz Rendah berwibawa yang berteraskan Al-Quran dan Sunnah yang belum ada di kawasan Sungai Petani. Dengan permintaan dari masyarakat pada hari ini agak tinggi terhadap sekolah-sekolah agama yang menjadikan Tahfiz sebagai teras utama sekolah
Misi kami adalah memberikan pendidikan di peringkat rendah menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran bestari dan Islam kontemporari melalui persekitaran pembelajaran yang kondusif. Selaras misi merealisasikan Generasi Al-Quran yang cemerlang dan berakhlak.
Sistem pengajian yang akan dilaksanakan di Sekolah Rendah Integrasi Tahfiz Bestari mengintegrasikan 5 Manhaj utama iaitu :-
a. Kurikulum Kementerian Pendidikan ( KSSR )
b. Kurikulum Jabatan Agama Islam Negeri Kedah
c. Program Tahfiz Al-Quran
d. Islamic Behaviour Development
e. Robotic, Engineering and Technology
Pencapaian dan prestasi murid akan dinilai dari semasa ke semasa melalui penilaian berterusan ( PBD) dan penilaian berkala (peperiksaan). Aktiviti-aktiviti berasaskan sunnah Nabi akan dipilih untuk dilaksanakan sebagai aktiviti ko-kurikulum sekolah ini.
Sekolah Rendah Integrasi Tahfiz Bestari ditubuhkan bukan bermatlamat kepada keuntungan sebaliknya lebih kepada kebajikan untuk membantu masyarakat yang dahagakan pendidkan Tahfiz di peringkat rendah tanpa mengabaikan Pendidikan akademik. Pihak sekolah sangat mengalu-alukan sumbangan infaq / wakaf tunai dari para dermawan , hartawan dan seluruh muslimin dan muslimat untuk tujuan pembangunan SRITBest. Semoga ianya akan menjadi satu saham yang amat bernilai di akhirat kelak. Amin , Ya Rabbal aâlamin