KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA PUSRAWI (PICOMS)

Aktif sejak Oct 25, 2021

Tentang Penganjur

                    PICOMS telah menubuhkan TAWFEQ iaitu Tabung Amanah Wakaf, Endowment dan Infaq sebagai badan yang meyelaras semua aktiviti pengumpulan dana termasuk dari zakat, wakaf, infaq, wakalah dan sumber am

                    Objektif utama penubuhan Tawfeq adalah bagi membangunkan PICOMS sebagai Institusi yang lestari melalui “social funding” dan komersil yang patuh pada syariah dan pengurusan yang baik. Selain itu ia juga berperanan:

·           Mencari dan menerima sumbangan dari pelbagai sumber

·           Menjadi rakan strategik kepada MAIWP dalam Pembangunan Kewangan Islam dan Sosial melalui Zakat, wakaf dan Sumber Am.

·           Menjana sumber kewangan untuk aktiviti pendidikan, perniagaan dan Kebajikan Kakitangan, Pelajar dan Asnaf

                    MISI: Menjana Dana bagi melaksanakan Kebajikan dan pembangunan Ekonomi bagi memenuhi agenda Pendidikan

 

                    VISI: Menjadi tonggak kecemerlangan PICOMS menerusi Kewangan Sosial Islam

 

                    Penubuhan TAWFEQ ini juga bertujuan untuk membolehkan PICOMS menjana pendapatan menerusi kutipan endowment wakaf dan zakat dan dari pelbagai sumber untuk tujuan berikut:

·    Mengurangkan yuran pembelajaran dan bebanan pinjaman PTPTN kepada pelajar Asnaf

·    Pembangunan infrastruktur untuk digunakan oleh PICOMS, para pelajar dan warga PICOMS;

·    Membantu para pelajar dan staf PICOMS yang memerlukan bagi mengatasi kos kehidupan (cost of living);

·    Membiayai aktiviti-aktiviti akademik dan pembangunan fizikal melibatkan pengajian, penyelidikan, penerbitan, perubatan, pembangunan Modal Insan dan lain-lainnya; dan

·    Memberi peluang kepada masyarakat supaya dapat terlibat sama bersedekah dan menjadi pewakaf (waqf donor atau wakif).

                    PICOMS juga telah menubuhkan Pusat Wakaf MyRahmah dimana ia merupakan jalinan kerjasama antara Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Kolej Universiti Antarabangsa PICOMS bagi melaksanakan agenda Wakaf Pendidikan MAIWP. Melalui perlantikan sebagai mutawali oleh MAIWP, PICOMS akan dapat menjana pendapatan menerusi kutipan wakaf untuk digunakan bagi membiayai aktiviti-aktiviti akademik dan pembangunan fizikal melibatkan pendidikan, penyelidikan, penerbitan, perubatan dan lain-lain.

                    PICOMS telah menerima watiqah perlantikan secara rasmi sebaga Mutawali oleh MAIWP pada 20 November 2019

No. 3, Jalan 31/10A, Kawasan Perindustrian IKS, Taman Batu Muda, 68100 Batu Caves, Kuala Lumpur, Malaysia. , 68100, Kuala Lumpur, Wilayah persekutuan, Malaysia
tawfeq@picoms.edu.my
0361920600627

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Ya Allah. Saya infaqkan atas nama Hj Badri Hj Zakaria & Hjh Fatimah Hj Ismail. moga infaq ini mudahan menggugurkan segala kafarah yang tertunggak dan wajib bagi diriku dan kedua ibu bapaku

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Ya allah,Ya Rahman,Ya Rahim,ampunkan dosa2 kami,dosa kedua ibu bapa kami,keluarga kami,dosa muslimin dan muslimat,kurniakan kebaikan, pelihara kami dri sebarang keburukan di dunia & akhirat.Tempatkan kami di syurga mu tanpa dihisab,kumpulkan kami bersama nabi muhammad s.a.w.Terimalah solat,taubat dan amalan baik kami.Permudahkan urusan kami di dunia dan akhirat.Aameen

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

semoga saya dan keluarga sihat waalfiat dilimpahi rezki dan dimudahkan semua urusan aminnnn

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

semoga saya dan keluarga sihat waalfiat dilimpahi rezki dan dimudahkan semua urusan aminnn

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

semoga saya dan keluarga sihat waalfiat dilimpahi rezki dan dimudahkan semua urusan aminnn

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Sahaja aku berinfaq kerana Allah. Amin

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: