Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Yayasan Al Baghdadi (YAB) telah beroperasi secara rasmi pada 16 Disember 2011 untuk mencari dana pembiayaan Pengajian Al Quran secara PERCUMA. Program YAB terbahagi kepada tiga (3) teras utama iaitu Teras Pendidikan & Al Quran, Terasn Ekonomi & Kemanusiaan dan Teras Sosial & Kemasyarakatan. Melalui teras Pendidikan & Al Quran, lebih 30,000 peserta menerima manfaat melalui program Pendidikan Al Quran secara PERCUMA. Program ini diberikan kepada enam golongan iaitu anak yatim, saudara baru, orang asli, ibu tunggal, warga emas dan fakir miskin.
Bagi Teras Ekonomi & Kemanusiaan, YAB telah menjalankan kempen seperti infaq air mineral, people food, infaq surau dan pelbagai lagi projek telah dilaksanakan. Akhir sekali, teras sosial & kemasyarakatan, fokus utama adalah membantu golongan mahasiswa B40 dalam projek Lunch Box, Laptop Mahasiswa dan tajaan yuran Mahasiswa
Hamba Allah
Ya allah ku sedekah untuk diri ku sendiri dan juga tri Gusti Yani..semoga pahala nya sampai ke tri gusti yani di panjang umurnya sehat selamat dunia akhirat. Ya allah sampaikan juga pahala sedekah ini ke ahli kubur semoga denga pahala sedekah ini dpt selamat kan mereka dari segala bahaya di alam kubur..Aamin
0 orang mengaminkan doa ini