Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Yayasan Al Baghdadi (YAB) telah beroperasi secara rasmi pada 16 Disember 2011 untuk mencari dana pembiayaan Pengajian Al Quran secara PERCUMA. Program YAB terbahagi kepada tiga (3) teras utama iaitu Teras Pendidikan & Al Quran, Terasn Ekonomi & Kemanusiaan dan Teras Sosial & Kemasyarakatan. Melalui teras Pendidikan & Al Quran, lebih 30,000 peserta menerima manfaat melalui program Pendidikan Al Quran secara PERCUMA. Program ini diberikan kepada enam golongan iaitu anak yatim, saudara baru, orang asli, ibu tunggal, warga emas dan fakir miskin.
Bagi Teras Ekonomi & Kemanusiaan, YAB telah menjalankan kempen seperti infaq air mineral, people food, infaq surau dan pelbagai lagi projek telah dilaksanakan. Akhir sekali, teras sosial & kemasyarakatan, fokus utama adalah membantu golongan mahasiswa B40 dalam projek Lunch Box, Laptop Mahasiswa dan tajaan yuran Mahasiswa
SITI KHAMISAH MD HASSAN
Ya Allah Ya Baari permudahkn segala urusn mereka.Ya lla Ya Rahmn Ya Rahim Ya Karim Ya Latif alirkn aphala ini keats kedua ibubapaku,suamiku,ank²ku,adik beradikku,seluruh ketrunanku,sahbt²ku,guru²ku,muslimin muslimt,mukminin mukmint.Ya Allah Ya Wahab Ya Fatah Ya Razzaq Ya Ghani Ya Mughni kurniakn aku kesihtn yg baik,rezeki seluas langtMu,rezeki yg blh mbantu aku bdakwah kejlnMu dunia akhrt.amin
0 orang mengaminkan doa ini
Hamba Allah
Ya Allah aku sedekahkan sejumlah ini kerana untuk digunakan demi mencari redaMu. Semoga sedikit sumbangan ini dapat menghapuskan semua dosaku2, dosa ibu bapaku, dosa anak2 ku dosa adik beradikku & membuka segala pintu rezeki yang tidak pernah kuduga, dan rezekikan ku meninggal di kota suci Mekah di hari jumaat dan pengakhiran ku dengan hosnol khotimah.
0 orang mengaminkan doa ini