YAYASAN HUBBULQURAN

Aktif sejak Feb 18, 2022

Tentang Penganjur

MAKLUMAT AM

1.1 Sejarah Penubuhan

Yayasan hubbulquran (YHQ) telah diperbadankan pada 22 Julai 2020. Penggunan nama HUBBULQURAN yang juga merupakan nama satu persatuan iaitu PERSATUAN HUBBULQURAN ,menunjukkan bahawa YHQ adalah merupakan penaiktarafan organisasi, iaitu dari persatuan menjadi yayasan. Matlamat besar yang cuba dicapai adalah untuk mengemaskini dan menjadikan aktiviti dakwah berkaitan dengan al-Quran itu dapat dijalankan secara lebih optima dan lebih memberi impak yang besar kepada kumpulan sasaran.


Melihat kembali kepada Persatuan Hubbulquran (PHAQ), ianya merupakan sebuah persatuan yang menggerakkan aktiviti-aktiviti berteraskan pendidikan al-Quran. Persatuan mula berdaftar secara rasmi dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia pada 1 November 2017. Penubuhan persatuan merupakan kesinambungan idea untuk menubuhkan ‘one stop centre’ yang menjadi pusat penyebaran ilmu al-Quran yang mengamalkan konsep keterbukaan kepada masyarakat setempat. Persatuan Hubbulquran ditubuhkan di atas keprihatinan dan rasa tanggungjawab untuk sama-sama menyebarkan ilmu kepada pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira jurang atau perbezaan.


Aktiviti utama persatuan pada masa itu adalah memberi kelas pendidikan al quran percuma kepada masyarakat yang diadakan di kelas pengajian yang kami kenali sebagai BAITUL QURA. Lokasi kelas ini adalah di seksyen 7 Bandar Baru Bangi Selangor. Ianya telah menarik perhatian pelajar bukan sahaja sekitar Bandar Baru Bangi malah kami menerima juga pelajar dari kawsan yang lebih jauh. Dari masa ke semasa kami telah menambah kelas pelbagai ilmu yang lain antaranya pengajian fekah, tafsir, tauhid dan sebagainya.


Selain dari Kelas Pengajian di BAITUL QURA’ , terdapat beberapa aktiviti lain yang mendapat sambutan dan berimpak tinggi telahpun dijalankan oleh persatuan di luar kawasan dan di beberapa negeri antaranya di Kedah, Perak, Pahang, Negeri Sembilan dan Sabah. Pengajian diluar kawasan ini lebih kepada program TOT (Training of Trainer). Program bermodul yang dijalankan adalah Program Pemantapan Tajwid al-Quran (PETA) dan Program Tajwid Al Fatihah (TAAF).


Pada pertengahan 2018, pihak persatuan telah menubuhkan Persatuan Hubbulquran cawangan Sabah di Bandar Kota Kinabalu. Penubuhan ini dilaksanakan setelah melihat kepentingan untuk mempergiatkan lagi aktiviti-aktiviti dakwah khususnya berkaitan pengajian al quran. Kehadiran persatuan dengan penekanan kepada pengajian al-Quran bermodul ini bertujuan melengkapi program pengajian sediaada di Sabah.Pemilihan kedudukan pusat pengajian di Bandar Kota kinabalu amat sesuai dengan matlamat kami kearah melatih tenaga pengajar (TOT) berkemahiran tinggi dalam bidang tajwid al quran. Penubuhan ini juga merupakan salah satu usaha untuk menyebar luaskan ilmu dan memberi peluang kepada semua lapisan masyarakat di Sabah untuk turut serta dengan pelbagai aktiviti anjuran persatuan bagi merapatkan jurang penguasaan ilmu antara masyarakat semenanjung dan Malaysia timur.


Selain dari Kelas Pengajian, terdapat beberapa aktiviti lain yang dijalankan oleh persatuan antaranya porgram bantuan mangsa banjir, bantuan bagi mereka terjejas ekoran covid 19, program wakaf al quran dan kitab, rehlah dakwah dan lain-lain. Maka dengan tertubuhnya Yayasan Hubbulquran, aktiiviti dakwah insyaallah akan menjadi lebih effisyen dan dapat bergerak lebih jauh. segala aktiviti dakwah ini akan diambil alih oleh YAYASAN HUBBULQURAN sepenuhnya.



1.0 VISI & MISI

VISI : Yayasan HubbulQuran bertekad menjadi organisasi amal yang terkehadapan ke arah memupuk ummah yang mencintai al-Quran.

MISI : Melaksanakan tanggungjawab menjaga kemuliaan dan penyebaran serta pendidikan Al Quran secara meluas.


2.0 LOGO & MOTO

“Segala HARAPAN Bermula Dengan HUBBULQURAN”


3.0 OBJEKTIF , PERANAN & FUNGSI

3.1 OBJEKTIF PENUBUHAN YHQ

1. Al Quran Dalam Kehidupan

Meningkatkan kefahaman dan kesedaran tentang kepentingan pendidikan al-Quran bermula dari proses mengenal huruf, membaca, menghafal, memahami dan mengamalkan ilmu al-Quran dalam kehidupan;

2. Pemuliaan Al Quran

Meningkatkan kefahaman dan kesedaran tentang standard penjagaan teks al-Quran bermula dari proses penerbitan sehingga proses yang sewajarnya;

Menawarkan perkhidmatan pelupusan teks al-Quran yang bersepadu; dan

 3. Kebajikan Dalam Bermasyarakat

Meringankan beban golongan yang kurang berkemampuan dari segi pendidikan berteraskan al-Quran dan keperluan asas harian terutama kepada fakir dan miskin.


No 40B, Jalan 3/70, Seksyen 3 Bandar Baru Bangi Seksyen 3 , 43650, Bangi, Selangor, Malaysia
yayasanhubbulquran@gmail.com
+60133619934
+60389221719

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

YA ALLAH AMPUN DOSA KAMI,TEMPATKANLAH KAMI DISYURGAMU TANPA HISAB DAN JAUHILAH KAMI DARI AZAB KUBUR DAN NERAKA DUNIA MAUPUN AKHIRAT,PANJANGKAN USIA KAMI,BERIKAN KAMI KESIHATANMU,KUATKAN KAMI,MUDAHKAN LAH SEGALA URUSAN KAMI,LINDUNGILAH, PELIHARALAH DAN JAGALAH KAMI,MURAHKAN REZEKI KAMI,MAKBULKANLAH DOA KAMI.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

FAIZSANDRA YUSUFF

1 tahun yang lepas

Ya Allah ya Tuhan.. Sihat kan lah tubuh badanku. Dgn izan mu jadi kan hambamu ini financial advisor yg berjaya dpt bantu org lain, menolong meringankan beban ibu ku dan dpt bersedekah dgn lebih byk lagi.. Aamiin..

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya Allah, engkau kurniakan kebaikan si dunia dan akhirat kepada ku serra keluarga,dan Engkau jayakan kempen infaq al quran ini..Aminn..

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Semoga segala impian dan cita2 tercapai. Semoga dipermudahkan segala urusan. InsyaAllah. Aminnn

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya Allah amponkan semua dosa2 besar dan kecilku..ameen

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Doakan saya bebas dr hutang...

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: