YAYASAN PENDIDIKAN ISLAM AMAN

Aktif sejak Mar 22, 2021

Tentang Penganjur

Yayasan Pendidikan Islam Aman (YPIA) telah diperbadankan pada 27 September 2003 sebagai sebuah syarikat berhad di bawah Akta Syarikat 1965. Visi kami adalah untuk menjadi yayasan terulung yang memperjuangkan perkembangan pendidikan berkualiti tinggi sejajar dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan. YPIA telah banyak melaksanakan pelbagai inisiatif seperti tajaan biasiswa, sumbangan pembangunan infrastruktur, sumbangan kebajikan dan pelbagai lagi inisiatif yang membantu melonjakkan pendidikan berkualiti tinggi di Malaysia

4201-S, Lorong Merican, Jalan Telipot , 15150, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
ypiaman03@gmail.com
60108005091
60108005091

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya Allah kurniakanlah kepadaku dan sahabatku Ammirul rezeki yg luas, halal lagi baik tanpa memberatkan kami. Ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami dan ahli keluarga kami. Kurniakanlah kami kesihatan yang sempurna, panjangkan umur kami sekeluarga, mudah mudahan kami dapat menggunakan kesihatan dan umur untuk mempertingkatkan amal ibadah kepada Mu. Amin Ya Rabbal Alamin.

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Assalamualaikum, ya Allah...semoga dengan sedekah jariah yang sedikit ini, Kurniakan keampunan kepada ku, kedua ibubapaku, suamiku & zuriatku. Lindungilah hamba-hambaMu ini dari azab seksa kubur & api neraka MU.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya Allah, murahkan rezeki yang halal lagi barakah dan berikan kami kecukupan dalam kehidupan. Kurniakan kami anak2 soleh dan solehan. Ampunkan dosa2 kami dan berikan kami kemudahan dan keluasan jalan dan melihat kebaikan dalam setiap kejadiaan.Matikan lah kami dalam keadaan husnol khatimah

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya Allah, murahkan rezeki yang halal lagi barakah dan berikan la kami kecukupan dalam kehidupan. Kurniakan kami anak2 yang soleh dan solehah. Ampunkan dosa2 kami dan tempatkan kami dalam golongan hambamu yang beriman dan permudahkan la urusan kami. Matikan kami dalam husnot khatimah

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

semoga Allah permudahkan segala urusan kita dan memberi rezeki yang melimpah ruah

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

SITI ROHAIDAH MUSTAPA

2 tahun yang lepas

Ya Allah rahmatilah kehidupan kami, berkatilah umur kami, sihatkanlah badan kami, terangkanlah hati kami, tetapkanlah iman kami, perbaikkanlah amal kami, luaskanlah rezeki kami, dekatkanlah kami kepada kebaikan dan jauhkanlah kami dari kejahatan, tunaikanlah hajat kami, baik dalam hajat agama, dunia atau akhirat. Ya Allah ampunkanlah segala dosa kami,

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: