Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Yayasan Pendidikan Islam Aman (YPIA) telah diperbadankan pada 27 September 2003 sebagai sebuah syarikat berhad di bawah Akta Syarikat 1965. Visi kami adalah untuk menjadi yayasan terulung yang memperjuangkan perkembangan pendidikan berkualiti tinggi sejajar dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan. YPIA telah banyak melaksanakan pelbagai inisiatif seperti tajaan biasiswa, sumbangan pembangunan infrastruktur, sumbangan kebajikan dan pelbagai lagi inisiatif yang membantu melonjakkan pendidikan berkualiti tinggi di Malaysia
Hamba Allah
Ya Allah ampunkan dosa2 kami sekeluarga kedua ibubapa kami serta seluruh umat islam. Di malam nifsu syaaban ini, aku mohon pdMu permudahkanlah semua urusan kami semua dunia akhirat, berkatilah usia kami, akhirilah hidup kami dgn husnul kotimah, masukkanlah kami ke dlm syurgaMu tanpa hisab dan tanpa azab. Selamatkanlah kami dari azab kubur, mahsyar dan api nerakaMu aamiin3
0 orang mengaminkan doa ini
MOHD YAKOP IKRAM
Ampuni dosa2ku Ibu Bapaku Keluargaku Rakan2ku Muslimin muslimat jauhkan kami dari azab kubur api neraka masukkan kami ke Syurga Firdaus tanpa dihisab. Bersihkan hati kami, beri taufik hidayah, jln yg lurus, diredai dan dirahmati oleh mu Ya Allah. Terima amal ibadat dan kebaikan yg kami lakukan, jauh kami muflis di Akhirat. Permudahkanlah segala urusan Dunia Barzakh, Akhirat kami ya Allah.
0 orang mengaminkan doa ini