Yayasan Pendidikan Islam Aman (YPIA) telah diperbadankan pada 27 September 2003
sebagai sebuah syarikat berhad di bawah Akta Syarikat 1965. Visi kami adalah untuk
menjadi yayasan terulung yang memperjuangkan perkembangan pendidikan berkualiti tinggi sejajar dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan. YPIA telah banyak melaksanakan pelbagai inisiatif seperti tajaan biasiswa, sumbangan pembangunan infrastruktur, sumbangan kebajikan dan pelbagai lagi inisiatif yang membantu melonjakkan pendidikan berkualiti tinggi di Malaysia