Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Yayasan Ta'lim adalah sebuah badan dakwah yang berdaftar di bawah Jabatan Perdana Menteri (PPAB-2/2009) yang menyediakan kelas pengajian berstruktur berdasarkan pendalilan yang sahih daripada Al-Quran dan As-Sunnah menurut kefahaman Salafussoleh.
Yayasan Ta'lim Residence (YTR) adalah lokasi baru pusat pengajian Yayasan Ta'lim yang menyediakan pelbagai fasiliti selain daripada kelas-kelas pengajian termasuk, pembelajaran ibadah secara pratikal menurut sunnah Rasulullah sallallahu alaihi wasallam, konsultasi dalam Muamalat, Munakahat, dan Perundangan Islam berkaitan Faraidh, Waqaf, Kaunseling Keluarga, Penjagaan dan Pembahagian Harta antara lain.
Hamba Allah
"Ya Allah, aku memohon kepada-Mu kebaikan hari ini iaitu tercapai objektif atau matlamat pekerjaan,mendapat kemenangan terhadap musuh, mendapat cahaya memberi petunjuk ilmu dan pekerjaaan, mendapat berkat kemurahan rezeki yang halal lagi baik, mendapat hidayah agar tetap mengikut petunjuk dan menjauhi hawa nafsu dan aku berlindung kepada-Mu dari segala kejahatan pada hari ini dan selepasnya."
Anda mengaminkan doa ini
Hamba Allah
Ya Allah, bantulah kami & keluarga kami untuk selalu mengingati-Mu dan mensyukuri rahmat & nikmat-Mu, dan perbaikilah amal ibadat kami kepada-Mu. Ya Allah ampunilah dosa kami, ibu bapa kami, anak dan isteri kami serta kesemua orang Mukmin.. Ameen
Anda mengaminkan doa ini