Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Yayasan Ta'lim adalah sebuah badan dakwah yang berdaftar di bawah Jabatan Perdana Menteri (PPAB-2/2009) yang menyediakan kelas pengajian berstruktur berdasarkan pendalilan yang sahih daripada Al-Quran dan As-Sunnah menurut kefahaman Salafussoleh.
Yayasan Ta'lim Residence (YTR) adalah lokasi baru pusat pengajian Yayasan Ta'lim yang menyediakan pelbagai fasiliti selain daripada kelas-kelas pengajian termasuk, pembelajaran ibadah secara pratikal menurut sunnah Rasulullah sallallahu alaihi wasallam, konsultasi dalam Muamalat, Munakahat, dan Perundangan Islam berkaitan Faraidh, Waqaf, Kaunseling Keluarga, Penjagaan dan Pembahagian Harta antara lain.
Hamba Allah
Ya Allah Ya Nur pancarkan cahaya ilmu Mu kedalam dada dan akal anak2ku Arief dan Amier. Kurniakanlah mereka kejayaan cemerlang didalam semua subjek exam yg diduduki. Aku menyaksikan anak2ku sgt menyantuni kami dan org tua kami. Dengan kesaksianlku ini, aku meletakkan keredhaan sempurna ke atas anak2ku. Maka Kau turunkanlah rahmat kasih sayangMu serta bantulah mereka didalam mencapai cita2 mereka.
Anda dan 5 orang mengaminkan doa ini
MUHAMAD NASIR BIN ABDUL RAZAK
Ya Allah, Ini wakaf dr Ku, dr Arwah Ibubapa Ku & dr Ahli KeluargaKu, Murahkan Rezeki Kami & Permudahkan Urusan Kami, Kurniakan Kesihatan yg Baik atas Kami & Sembuhkan Kami dr segala Penyakit, Hindarkan Kami dr segala Musibah, Terangkan hati Kami dlm mempelajari Al-Quran..Aamin3x..Ya Rabbal A’lamin
Anda dan 7 orang mengaminkan doa ini