Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
Assalamualaikum wbt kepada semua muslimin dan muslimat yang dikasihi Allah swt. Alhamdulillah syukur pada Allah dengan berkat sumbangan orang ramai, pihak kami sedang giat membina rumah anak yatim & wargaemas di sini.
Tanpa sokongan anda tidak mungkin kami mampu membina perkampungan ini. Semoga dengan usaha bersama ini dapat membantu kami membangunkan Perkampungan Al-Fakeh untuk keselesaan warga emas dan anak yatim yang bakal tinggal di Perkampungan Al-Fakeh ini.
Di sini saya sertakan beberapa video update perkembangan pembinaan di Perkampungan Al-Fakeh. Diharapkan Tuan/Puan tidak akan berhenti menyumbang agar niat baik ini dapat dilaksanakan secepat mungkin. Insyaallah.
Update Progress Pembinaan Perkampungan Al-Fakeh
Assalamualaikum wbt,
Alhamdulillah setakat ini pembinaan berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Di sini saya Khairul Anam sebagai Pengerusi Pertubuhan Al-Fakeh Selangor ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penderma di luar sana yang sudi membantu kami membina perkampungan ini. Semoga anda semua dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik sepanjang hayat . Amin Ya Rabb.
Saya kongsikan di sini beberapa gambar progress pembinaan di Perkampungan Al-Fakeh. Insyaallah, wang yang anda semua sumbangkan akan saya guna sebaiknya untuk memberi perlindugan tempat tinggal untuk anak-anak yatim, asnaf dan warga emas.
Unit-unit Rumah Yang Telah Siap Dibina & Sedia Untuk Diduduki Tidak Lama Lagi
Rumah Tinggalan Yang Berada Di Dalam Kawasan Kami (Akan Dirobohkan & Bina Rumah Baru)
Keadaan Persekitaran Perkampungan Al-Fakeh Yang Masih Banyak Tanah Kosong
Beberapa Kelengkapan Asas Yang Akan Dipasang Di Setiap Unit Rumah
Jika nak diikutkan, pembinaan Perkampunga Al-Fakeh ini baru sahaja mencapai tahap 30% siap. Masih jauh perjalanan untuk menyiapkan perkampungan ini sepenuhnya. Walaubagaimanapun, pihak kami akan membawa masuk mereka untuk tinggal di sini secara berperingkat oleh kerana unit rumah yang sudah siap dibina ini sudah boleh didiami.
Saya bermohon agar anda semua tidak akan berhenti menyumbang agar cita-cita untuk menyiapkan perkampungan ini dapat disiapkan secepat mungkin agar pihak kami dapat membantu lebih ramai golongan yang memerlukan perlindungan untuk tinggal di sini.
Akhir kata sekali lagi saya ucapkan ribuan terima kasih kepada anda semua yang telah mengorbankan harta anda untuk sama-sama membantu pihak kami membina perkampungan ini. Hanya Allah swt saja yang dapat membalas jasa baik anda semua.