TADIKA PINTAR AS SOFFIYAH

Dimulakan pada Sep 15, 2021

INFAQ PEMBINAAN TAMAN PERLINDUNGAN ARNAB

RM705 / 7.05 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

35 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Berbuat baik terhadap setiap makhluk bernyawa diberi pahala. (Riwayat al-Bukhari)
Manusia diciptakan sebagai khalifah yang memakmurkan muka bumi ini dan termasuklah memberikan kebaikan kepada makhluk Allah yang lain seperti binatang dan tumbuhan. Pada hari ini kita melihat pelbagai kekejaman yang dilakukan oleh manusia kepada haiwan yang tidak berdosa.

Kita dapat melihat arnab, kucing, anjing dan pelbagai haiwan lain terbiar dan langsung tidak dipedulikan oleh manusia. Sedangkan adakah kita lupa akan kisah seorang wanita muslim yang rajin beribadah kepada Allah tetapi menjadi ahli neraka kerana kekejaman terhadap haiwan.

Rasulullah SAW diriwayatkan daripada Ibnu ‘Amr bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Ada seorang wanita yang diseksa kerana seekor kucing yang dikurungnya sehingga mati. Wanita itu lalu masuk ke dalam neraka kerana kucing tersebut dikurungnya tanpa diberikannya makan dan minum dan tidak pula dibiarkannya bebas sehingga dia dapat memakan serangga tanah. (riwayat al-Bukhari).

Haiwan-haiwan seperti arnab, kucing, ikan, tupai dan sebagainya sering dijadikan binatang peliharaan di rumah. Memelihara haiwan dianjurkan dalam Islam namun pemiliknya hendaklah menjaga hak-hak yang sepatutnya diberikan kepada haiwan peliharaannya.

Hak-hak asasi hendaklah diberikan secukupnya agar haiwan tersebut dapat meneruskan kehidupannya dengan baik. Lihatlah betapa seriusnya akibat yang ditanggung jika mengabaikan hak-hak asasi haiwan peliharaan. Pelakunya berpotensi menjadi ahli neraka hanya kerana kezalimannya terhadap haiwan yang dipeliharanya.

Sebagaimana manusia, haiwan juga ada perasaan dan kehendak hidupnya. Jika ia dikurung atau makan yang tidak cukup dan tidak mampu menjaga hak asasi seperti makan dan minumnya, maka hendaklah ia dilepaskan pada waktu-waktu tertentu agar ia dapat mencari makanannya sendiri.

Para sahabat pernah bertanya: Wahai Rasulullah, adakah kita akan mendapat pahala jika berbuat baik kepada haiwan? Baginda menjawab: Berbuat baik terhadap setiap makhluk bernyawa diberi pahala. (Riwayat al-Bukhari)

Begitulah besarnya ganjaran yang diberikan Allah SWT terhadap orang yang melakukan kebaikan kepada haiwan meskipun ia bukan haiwan peliharaan atau haiwan yang dianggap najis di sisi masyarakat kita seperti anjing. Justeru, inistiaf melindungi arnab ini untuk terus terbela dan membiak dengan sihatnya amatlah diharapkan dengan sokongan kita semua.

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

DANIEL TEO BIN ABDULLAH

Menyumbang sebanyak RM50.00

Jan 14, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Jan 10, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 01, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 31, 2021

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 19, 2021

Kempen Sumbangan Tamat