Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
Situasi terkini banjir di beberapa kawasan di Negeri Johor. Ayuh sama-sama kita segerakan bantuan untuk sampai kepada mereka!
Tidak sampai sebulan, Johor kembali banjir di empat daerah melibatkan pemindahan 1,591 mangsa ke 21 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 8 pagi ini, susulan hujan lebat yang berterusan sejak pagi semalam.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) menerusi kenyataan memaklumkan enam PPS masing-masing di daerah Segamat, Kluang dan Johor Bahru selain tiga PPS di Kota Tinggi, dibuka secara berperingkat mulai 10.30 malam tadi sehingga 3.20 pagi tadi.
“Seramai 209 keluarga terjejas banjir di Segamat, 162 keluarga di Kluang, 131 keluarga di Johor Bahru dan 32 keluarga di Kota Tinggi,” kata jawatankuasa itu.
Sekitar pengagihan RTE food kepada mangsa yang terkesan banjir. Semoga dengan bantuan ini dapatlah sedikit sebanyak meringankan beban mereka.