Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM826 / 1.65 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000
53 Penyumbang
Kempen Berakhir!
"Saya lihat anak saya agak tertekan dan tidak dapat melupakan kejadian banjir sebelum ini, apatah lagi kita bakal menghadapi musim tengkujuh tidak lama lagi, kami tidak tahu apa nasib kami nanti." - Bapa mangsa banjir di Baling.
Negara berada dalam fasa akhir Monsun Barat Daya yang telah bermula sejak 14 Mei 2022. Negara dijangkakan berada dalam fasa Peralihan Monsun bermula pada 3 Oktober 2022 dan akan berterusan sehingga awal November 2022. Semasa fasa Peralihan Monsun, rantau negara akan menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah yang amat sesuai untuk kejadian ribut petir yang lazimnya membawa hujan lebat berserta angin kencang dalam jangka masa yang singkat.
Kejadian ini biasanya, berlaku pada waktu petang dan awal malam di kebanyakan kawasan di negeri-negeri yang berada di pantai barat dan pedalaman Semenanjung, barat Sabah serta barat hingga ke tengah Sarawak. Keadaan cuaca ini berpotensi menyebabkan banjir kilat serta kerosakan pada struktur yang tidak kukuh.
Dengan keadaan bumi yang semakin tenat, kita sudah tidak mampu lagi menjangkakan dimanakah banjir akan berlaku lagi selain tempat-tempat yang memang acap kali berlaku banjir besar. Kita perlu ambil iktibar dari peristiwa air naik pada tempat yang bukan kebiasaan sehingga penduduk setempat tidak mampu membuat apa-apa persediaan sehingga mengakibatkan harta benda musnah sekelip mata dan mereka juga terkandas tanpa bantuan.
Tambahan pula, bantuan untuk mangsa banjir juga terhad memandangkan terdapat beberapa NGO yang hanya sempat mengumpulkan dana tersebut fokus untuk mengagihkan kepada mangsa-mangsa terkesan banjir yang sudah saban tahun mengalaminya. Justeru, kami mengambil inisiatif untuk melancarkan kempen persediaan menghadapi banjir bermula sekarang supaya lebih ramai mangsa banjir yang memperoleh bantuan.
Apabila air hujan turun dengan lebatnya, ada sebilangan keluarga yang mulai tidak boleh tidur kerana bimbang akan paras air yang semakin tinggi. Selalunya, air akan mula meninggi pada tengah malam. Ramai di antara mereka yang tersedar dengan mengejut dan sudah terkepung dengan air di sekeliling berhari-hari tanpa makanan. Di kalangan mereka ada yang mempunyai masalah kesihatan, warga emas dan kanak-kanak yang memerlukan bantuan lebih cepat. Jadi, kami mengambil langkah dengan memberi bantuan yang lebih efektif dan diperlukan dengan kadar segera iaitu:
1. Makanan ready to eat
2. Life Jaket
3. Ubat-ubatan
4. Lampu suluh
5. Keperluan - keperluan lain
Kelab Jelajah Kuala Lumpur bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia berganding bahu membantu ummah dalam menjalankan misi bantuan persediaan banjir ini. Ayuh bersama kami bersiap siaga memberi bantuan dengan menyumbang ke tabung ini demi keselamatan para mangsa banijr.
اتقوا النارَ ولو بشقِّ تمرةٍ
Yang bermaksud:“Jauhilah api neraka, walau hanya dengan bersedekah sebiji kurma.”
(Riwayat Ahmad
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Situasi terkini banjir di beberapa kawasan di Negeri Johor. Ayuh sama-sama kita segerakan bantuan untuk sampai kepada mereka!
Tidak sampai sebulan, Johor kembali banjir di empat daerah melibatkan pemindahan 1,591 mangsa ke 21 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 8 pagi ini, susulan hujan lebat yang berterusan sejak pagi semalam.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) menerusi kenyataan memaklumkan enam PPS masing-masing di daerah Segamat, Kluang dan Johor Bahru selain tiga PPS di Kota Tinggi, dibuka secara berperingkat mulai 10.30 malam tadi sehingga 3.20 pagi tadi.
“Seramai 209 keluarga terjejas banjir di Segamat, 162 keluarga di Kluang, 131 keluarga di Johor Bahru dan 32 keluarga di Kota Tinggi,” kata jawatankuasa itu.
Sekitar pengagihan RTE food kepada mangsa yang terkesan banjir. Semoga dengan bantuan ini dapatlah sedikit sebanyak meringankan beban mereka.
MUHAMMAD HAFIZ BIN KAMAL
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 06, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 06, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 06, 2022