Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
Pada 29 Januari 2022, sekali lagi Pengerusi Pertubuhan Sukarelawan Amal Wangsa Maju pergi ke kg Batu Kapur, Mentakab pahang untuk memberikan barangan elektrik seperti pengisar makanan dan kipas kepada 2 buah keluarga yang rosak akibat banjir.
Pengerusi Persuwa Encik Iswan Imran memberikan Kipas berdiri kepada Isteri Encik Mukriz, sekarang musim panas dan kesemua kipas yang ada sebelum ini rosak akibat tenggelam dalam banjir.
Puan Daryanti pula adalah pengusaha gerai yang menjual kuih muih untuk membesarkan 5 anak dan merupakan seorang ibu tunggal. Semua perlatan elektrik beliau rosak akibat tidak dapat diselamatkan ketika banjir termasuk mesin basuh pakaian. Terima kasih kami ucapkan kepada penyumbang-penyumbang yang budiman lagi dermawan. Kesemua peralatan yang kami berikan adalah hasil sumbangan dari sumbangan.com.
Anda ingin lihat kami membantu banyak lagi mangsa banjir yang memerlukan? sila bantu kami kongikan pautan kempen ini. Terima kasih.
Minggu lalu Sabtu 22 Disember 2022 Pengerusi Pertubuhan Sukarelawan Amal Wangsa Maju Encik Iswan Imran dan AJK Encik Juslahudin ke Kg. Batu Kapur, Metakab Pahang untuk Misi Membaik Pulih Rumah Mangsa Banjir 2 buah rumah disini. Rumah tersebut adalah rumah Encik Mukriz dan Puan Daryanti yang merupakan ibu tunggal yang mengalami kerosakan teruk akibat banjir. Misi Bantuan ini adalah dengan kerjasama Iqlas Care.
Penukaran bingkai tingkap dan nako serta cermin yang rosak akibat banjir dilakukan. Terima kasih diatas sumbangan para dermawan yang budiman.