Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
PERTUBUHAN SUKARELAWAN AMAL WANGSA MAJU
Dimulakan pada Dec 29, 2021
RM380 / 0.08 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM500,000
18 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Air mata Puan Nor Azma bergenang tiba-tiba beliau jatuh terduduk ketika melihat rumahnya yang kami ingin bantu untuk mencuci pada 27 Disember lalu musnah teruk akibat banjir. Tiada sebarang perlatan elektrik atau apa-apa yang dapat diselamatkan. Semuanya musnah sama sekali. Itu belum termasuk untuk membaik pulih rumah beliau di Taman Sri Muda, Shah Alam.
Manalah beliau nak cari duit untuk membaik pulih dan membaiki barangan elektrik yang baru. Beliau merupakan ibu tunggal. Luluh hatinya sampai terpaksa dikejarkan ke hospital. Itulah antara luahan mangsa-mangsa banjir. Jom Malaysia sama-sama kita membantu mereka untuk membina kembali kehidupan mereka!
Ayuh bersama kita bantu mereka yang memerlukan. Mereka memerlukan semangat serta sokongan kita semua.
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Pada 29 Januari 2022, sekali lagi Pengerusi Pertubuhan Sukarelawan Amal Wangsa Maju pergi ke kg Batu Kapur, Mentakab pahang untuk memberikan barangan elektrik seperti pengisar makanan dan kipas kepada 2 buah keluarga yang rosak akibat banjir.
Pengerusi Persuwa Encik Iswan Imran memberikan Kipas berdiri kepada Isteri Encik Mukriz, sekarang musim panas dan kesemua kipas yang ada sebelum ini rosak akibat tenggelam dalam banjir.
Puan Daryanti pula adalah pengusaha gerai yang menjual kuih muih untuk membesarkan 5 anak dan merupakan seorang ibu tunggal. Semua perlatan elektrik beliau rosak akibat tidak dapat diselamatkan ketika banjir termasuk mesin basuh pakaian. Terima kasih kami ucapkan kepada penyumbang-penyumbang yang budiman lagi dermawan. Kesemua peralatan yang kami berikan adalah hasil sumbangan dari sumbangan.com.
Anda ingin lihat kami membantu banyak lagi mangsa banjir yang memerlukan? sila bantu kami kongikan pautan kempen ini. Terima kasih.
Minggu lalu Sabtu 22 Disember 2022 Pengerusi Pertubuhan Sukarelawan Amal Wangsa Maju Encik Iswan Imran dan AJK Encik Juslahudin ke Kg. Batu Kapur, Metakab Pahang untuk Misi Membaik Pulih Rumah Mangsa Banjir 2 buah rumah disini. Rumah tersebut adalah rumah Encik Mukriz dan Puan Daryanti yang merupakan ibu tunggal yang mengalami kerosakan teruk akibat banjir. Misi Bantuan ini adalah dengan kerjasama Iqlas Care.
Penukaran bingkai tingkap dan nako serta cermin yang rosak akibat banjir dilakukan. Terima kasih diatas sumbangan para dermawan yang budiman.
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Jan 04, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 02, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Jan 02, 2022
BIBI SABJAN BINTI MOHD KHAN
Menyumbang sebanyak RM100.00
Jan 02, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Jan 02, 2022