TABUNG DANA PESAKIT HIV

RM260 / 0.52 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000

19 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Marilah sama-sama kita membantu perbuatan yang mulia ini dalam menjayakan misi kami. Ayuh, bersama kita bantu yang memerlukan pertolongan!


Assalamualaikum dan salam sejahtera seluruh rakyat Malaysia yang budiman.


Kami dari Persatuan Penempatan Dan Pemulihan Penjara (PEMAAF) ingin membantu di seluruh Malaysia, namun begitu kami tidak mampu buat tanpa bantuan anda semua. Kami memohon agar semua bersama kami membantu saudara kita yang memerlukan bantuan dan perhatian dari masyarakat.


Sebahagian besar pesakit HIV/ AIDS tidak memerlukan penjagaan atau rawatan rapi di hospital tetapi lebih banyak menghabiskan masa mereka bersama keluarga, komuniti mahupun masyarakat. Justeru itu, sokongan sosial adalah sangat penting bagi pesakit HIV / AIDS untuk mengurangkan tekanan yang dihadapi.Kefahaman, sokongan dan penjagaan yang diberi dapat menyedarkan pesakit bahawa masih ada yang mengambil berat mengenai mereka sekaligus memberi harapan serta semangat untuk mereka meneruskan kehidupan.



Masalah yang selalu dihadapi oleh mereka ialah disisihkan oleh ahli keluarga, rakan mahupun jiran tetangga.Terdapat juga pesakit yang diarahkan meninggalkan rumah keluarga kerana keluarga tidak sanggup dipulaukan oleh masyarakat. Pesakit HIV/ AIDS dihalang dari mendapat penjagaan dan rawatan yang sepatutnya. Mereka juga dihalang dari mendapatkan pendidikan atau menjalani kehidupan normal. Di tempat kerja, majikan memberi pelbagai alasan untuk memberhentikan mereka atau tidak membenarkan mereka bekerja.




Antara cabaran besar yang dihadapi oleh penghidap AIDS ialah persepsi negatif masyarakat terhadap mereka. HIV/ AIDS yang dikategorikan sebagai penyakit ini tidak hanya memerlukan rawatan klinikal semata-mata. Kebanyakan orang yang hidup dengan AIDS akan turut terjejas dari sudut kerohanian/ spiritual seperti tekanan jiwa berdepan saat kematian, cabaran berdepan persepsi negatif dari masyarakat, rasa putus asa dan sebagainya.


Islam juga mengajar kita untuk tidak memandang hina kepada sesiapa sahaja. Rasulullah SAW bersabda dalam sebuah hadis Mafhumnya: “Janganlah engkau menghina seorang pun.”

(Hadis Riwayat Abu Daud dan al-Tirmidzi)



Para pesakit HIV/ AIDS ini amat memerlukan sokongan dan dukungan daripada para pemimpin masyarakat, para agamawan dan semua pihak dalam meneruskan kehidupan. Masyarakat juga perlu dididik untuk sentiasa menyantuni dan berkasih sayang terhadap golongan ini.Justeru, di samping kita memelihara diri dan keluarga, kita perlu membantu para pesakit HIV/AIDS untuk menjalani hidup secara lebih positif dan baik.Janganlah kita memandang hina antara satu sama lain kerana kita tidak mengetahui pengakhiran hidup kita.Sama-samalah kita meneruskan amalan amar ma’ruf nahi munkar dan beristiqamah menjalani kehidupan sebagai seorang Muslim sebenar agar negara terus dirahmati, Insya-Allah.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Aug 25, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 30, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 21, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 20, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 17, 2023

Kempen Sumbangan Tamat