SUMBANGAN DANA PEMBANGUNAN BANGUNAN BARU ANAK YATIM DAN MISKIN LUAR BANDAR

RM1,745 / 1.16 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM150,000

88 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Impian kami supaya segala hutang dapat diselesaikan secepat mungkin.


Impian kami cuma satu iaitu supaya hutang dan bayaran tertunggak dapat dilunaskan secepat mungkin. Walaupun RM1.00 dari anda semua itulah rezeki kami dapat menumpang teduh seperti orang lain.




Sudah 10 tahun Pak Long dan Mak Long menyewa di rumah kedai, hampir 5 tahun mencari pewakaf dan membina bangunan baru untuk kami di sini. Asbab dari rumah kedai yang telah usang, kami terpaksa berpindah segera walaupun bangunan ini belum siap sepenuhnya. Hutang hardware dan upah juga masih banyak tertunggak.



Disinilah tempat kami menumpang tidur, belajar, makan dan melupakan masalah dunia. Kami bukanlah bernasib baik seperti orang lain, ibu dan ayah sudah lama tiada, kemiskinan yang menghimpit menjadikan kami lebih bersyukur. Namun kami tidaklah diajar untuk meminta kerana rezeki Allah pasti ada. 




Pihak kami memerlukan dana sebanyak RM150,000.00 untuk melangsaikan hutang tertunggak seperti kos penurapan jalan, barangan hardware serta upah pembinaan kepada pekerja kontraktor untuk membangunkan bangunan baru kepada anak-anak yatim dan asnaf Nur Hidayah. Semoga Allah membalas jasa baik para penyumbang dan dimurahkan rezeki sehingga ke akhirnya. InsyaAllah.


Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: كَافِلُ الْيَتِيمِ لَهُ أَوْ لِغَيْرِهِ أَنَا وَهُوَ كَهَاتَيْنِ فِي الْجَنَّةِ

Maksud: “Orang yang menanggung anak yatim miliknya atau milik orang lain, aku dan dia seperti dua ini (Nabi SAW mengisyaratkan dengan dua jari baginda SAW) di syurga”. [Riwayat Muslim, (2983)]


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 09, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Jun 09, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 08, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Jun 07, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Jun 05, 2022

Kempen Sumbangan Tamat