YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada Jun 04, 2025

SOKONG ANAK ANAK ISTIMEWA PPDK RUMAH IMPIANKU

RM335 / 0.67 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000

24 Penyumbang

17 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

YAYASAN AMAL MARUF DENGAN RASA PRIHATIN MENGADAKAN TABUNG SUMBANGAN UNTUK PUSAT JAGAAN ANAK-ANAK ISTIMEWA PPDK RUMAH IMPIANKU.


Di sebuah sudut tenang di Sungai Pelek, Selangor, berdirinya Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Rumah Impianku, yang menjadi tempat bergantung buat 50 orang pelatih OKU menimba ilmu dan menjalani sesi terapi harian. Namun, di sebalik nama “Rumah Impianku”, keadaan sebenar pusat ini jauh daripada apa yang diimpikan.




“Anak-anak syurga ini tidak meminta dilahirkan istimewa. Tetapi, mereka berhak untuk hidup dalam suasana yang selesa, aman dan penuh kasih sayang-sama seperti insan lain juga.”






Sebahagian besar peralatan seperti kerusi, meja, kipas angin dan perabot sudah uzur dan tidak lagi sesuai digunakan. Kekurangan ini menyebabkan sesi pengajaran dan aktiviti terapi tidak dapat dijalankan dengan sempurna. Anak-anak ini terpaksa belajar dan berinteraksi dalam keadaan yang tidak selesa, kadangkala duduk di lantai kerana tiada tempat duduk yang sesuai.



Lebih menyedihkan, struktur bangunan pusat ini juga semakin uzur. Siling yang bocor tidak dapat dibaiki kerana ketiadaan dana. Setiap kali hujan turun, air akan menitis ke dalam ruang pembelajaran mereka, membasahi lantai dan menambahkan lagi risiko kepada keselamatan pelatih-pelatih ini. Dinding bangunan pula mula menunjukkan tanda-tanda retakan dan ketidakselamatan. Namun, mereka tiada pilihan lain.






Kami di sini tidak mampu berbuat banyak, selain merayu ihsan masyarakat yang prihatin untuk membantu meringankan penderitaan anak-anak ini. Sedikit sumbangan dari anda, mampu memberi mereka ruang pembelajaran yang lebih selesa, peralatan yang lebih sesuai, dan sebuah tempat yang benar-benar menjadi “rumah impian” buat mereka.



Bayangkan jika yang sedang duduk di bawah siling bocor itu adalah anak kita. Bayangkan jika yang sedang belajar tanpa kipas itu adalah adik atau cucu kita.


Jangan biarkan mereka terus belajar dalam keadaan begini.



Sumbangan anda bukan sekadar angka di atas kertas. Ia adalah harapan, senyuman, dan kekuatan buat insan-insan kecil yang begitu tabah menghadapi ujian hidup. Bantulah kami, demi mereka.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 13, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 09, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 09, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 08, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 07, 2025